Bayaran Tertunggak Awal Ashaari Hanya Salah Faham - Produksi 'The Band'

Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 12:30 AM

Awal

Awal Ashaari

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pihak produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) menjelaskan, isu pihaknya tidak membuat pembayaran penuh kepada pengacara Awal Ashaari adalah satu salah faham.

Jurucakap produksi tersebut berkata, selepas laporan mengenai kekesalan Awal yang masih belum menerima tunggakan bayaran sebanyak 80 peratus disiarkan mStar Online, pihaknya terus menghubungi pengacara itu bagi menyelesaikan masalah tersebut sebagai bukti pihaknya tidak pernah lari dalam melaksanakan janji.

"Sebenarnya terdapat sedikit salah faham antara pihak kami dan Awal. Dia tidak tahu bahawa dia masih dalam proses untuk menerima bayarannya itu. 

"Takkanlah dalam produksi itu hanya Awal sahaja yang tidak dapat bayarannya, sedangkan artis lain telah mendapat wang masing-masing. Selepas Awal mendedahkan yang dia belum menerima bayarannya, kami terus menghubungi pengacara itu bagi menjelaskan situasi sebenar," katanya yang menghubungi mStar Online pada Khamis.

Pada 17 September lalu menerusi laporan mStar Online, Awal berasa kesal apabila syarikat produksi rancangan The Band masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Sementara itu, kata jurucakap produksi itu, pihaknya akan mengadakan sidang media khas pada tengah hari Jumaat (hari ini) bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara pihaknya dan Awal.

"Pihak kami ingin menyelesaikan perkara ini secara baik dan profesional, lebih-lebih lagi kita saling bekerjasama dalam industri seni hiburan tempatan.

"Kerana itu, pihak kami mahu membuat penjelasan secara terperinci pada sidang media yang akan dianjurkan esok (Jumaat). Selain itu kami juga akan membuat beberapa pengumuman lain," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman.

Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.

Tags / Kata Kunci: Awal Ashaari , The Band

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan