Konsert Krisdayanti Di KL Bersama Anak

Diterbitkan: Khamis, 25 September 2014 1:01 AM

Krisdayanti masih angun dan menawan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti bakal menampilkan anak perempuannya iaitu Aurel, 16,  pada konsertnya iaitu Krisdayanti Live in KL 2014 yang bakal berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 22 November depan.

Krisdayanti, 39, berkata, pada segmen duet itu mereka bakal menyampaikan lagu ciptaan bekas suaminya, Anang Hermansyah yang pernah dipopularkan sebelum ini.

"Insya-Allah Aurel akan bersama-sama saya pada konsert berkenaan dan kami akan mendendangkan lagu-lagu ciptaan Anang khas buat peminat.

"Saya amat teruja dengan persembahan duet itu kerana Aurel mempunyai suara yang cukup bagus," katanya kepada mStar Online.

Krisdayanti ditemui pada sidang media konsert itu di KLCC di sini pada Rabu.

Konsert itu turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat One Drop Perfumes.




Dalam pada itu, Krisdayanti berkata, Anang memberi kebenaran membawakan lagu-lagu ciptaannya bersama anak mereka pada konsert itu nanti.

Malah kata Krisdayanti, Anang sendiri memilih beberapa lagu sesuai dengan vokal mereka berdua untuk dinyanyikan pada konsert itu.

"Alhamdulillah Anang cukup profesional dan menyokong perancangan untuk kami berduet membawakan lagu-lagu ciptaannya.

"Malah dia sendiri memilih seleksi lagu yang popular di Malaysia untuk dinyanyikan kami nanti," ujarnya.

Sementara itu, Krisdayanti berkata, sebagai ibu dia berbangga melihat bakat yang dimiliki oleh Aurel dan akan memberikan sokongan penuh kepada gadis itu untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

Bagaimanapun kata Krisdayanti sentiasa menasihatkan anaknya supaya bersedia dengan segala dugaan dan rintangan bergelar anak seni.

"Dia masih terlalu muda jadi saya tidak mahu dia hanyut dengan populariti yang bersifat sementara dan menasihatinya agar sentiasa bersikap rendah diri dan akan sentiasa menyokongnya.

"Malah persembahan seperti ini dapat mengeratkan hubungan kami anak beranak kerana dia tidak tinggal bersama saya," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Krisdayanti berkata, pada konsert itu nanti dia akan membawa kelainan dengan mempersembahkan lagu-lagu berbentuk akustik dan broadway.

Konsert itu juga sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya di negara ini yang sentiasa memberi sokongan kepada kariernya selama hampir 16 tahun bertapak di Malaysia.

"Sudah hampir tujuh tahun saya tidak mengadakan konsert solo di Malaysia dan Alhamdulillah ada pihak sudi bekerjasama untuk menjayakan persembahan ini.

"Apa yang pasti saya akan memberikan persembahan terbaik kepada semua peminat nanti," katanya.



Tambah Krisdayanti, pihaknya juga akan memberi peluang kepada peminat untuk memilih artis undangan yang bakal bersama-samanya dalam konsert itu.

Jelasnya, undian boleh dilakukan di laman Facebook rasmi Krisdayanti Live in KL 2014.

Tiket untuk menyaksikan persembahan ini dijual pada harga RM98 hingga RM1,088.

Untuk tempahan tiket boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-9222-8111.
Tags / Kata Kunci: Krisdayanti

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan