Penyanyi Asal 'Zakiah' Muncul Dalam Konsert Ramli Sarip

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 12:30 AM

Ramli Sarip (kiri) bersama penyanyi asal lagu 'Zakiah' iaitu Achmad Albar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pencipta asal lagu Zakiah  iaitu Achmad Albar, 68, begitu teruja dijemput sebagai tetamu pada konsert Hayat... 45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Oktober ini di Istana Budaya.

Achmad yang juga vokalis kumpulan rock Indonesia iaitu God Bless berkata,  jemputan tersebut dianggap sebagai satu penghargaan besar buatnya.

"Saya terkejut apabila diundang untuk membuat persembahan dan menjadi temamu istimewa konsert Datuk Ramli Sarip. Lagi pula ia merupakan hari bersejarah Ramli iaitu 45 tahun dia dalam dunia seni.

"Saya rasa bangga pertama kali diberi peluang untuk bergabung dengan pemuzik-pemuzik Malaysia dan berada di Istana Budaya," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Achmad Albar ditemui pada sidang media Konsert Hayat... 45 Tahun Seniman Ramli Sarip di Suasar Pualam, Istana Budaya, Selasa.

Dia juga menganggap lagu Zakiah yang telah dinyanyikan semua oleh penyanyi legenda itu sekitar tahun 1978 telah menjadi titip permulaan namanya diangkat di negara ini.

"Kumpulan Sweet Charity membawa nama God Bless dikenali di Malaysia apabila merakam semula lagu berjudul Pelacur Tua dan Zakiah.

"Sebuah lagu Gadis Melayu dirakam oleh Othman Hamzah turut mendapat sambutan, mereka merakam lagu-lagu tersebut dengan cara mereka tersendiri dan tidak meniru kami," ujarnya yang bakal menyanyikan empat buah lagu pada konsert tersebut.

mStar Default Image
Ramli Sarip (dua dari kiri) semasa pelancaran konsertnya yang dikenali  Hayat... 45 Tahun Seniman Ramli Sarip di Istana Budaya pada Selasa.


Dalam pada itu, tambah Achmad disebabkan lagu-lagu tersebut juga dia bersyukur masih menerima royalti daripada syarikat rakaman.

Sementara itu, Ramli berkata, Achmad merupakan rakan seperjuangannya yang banyak memberi inspirasi kepada lagu-lagu Sweet Charity.

"Kita menjemput dia kerana banyak lagu ciptaannya yang kami rakam semula dan menjadi hit suatu ketika dahulu.

"Saya ingin dia turut berada atas pentas meraikan konsert ini bersama-sama dan mungkin juga kami rancang untuk menyanyi lagu Zakiah secara berduet," katanya.

Tambah Ramli selain Achmad, dia turut menampilkan Aris Ariwatan dan Dayang Nurfaizah.

Menjelaskan tentang konsert tersebut, ia akan dibahagikan kepada dua segmen iaitu Blues Rock, akustik, kerohanian dan muzik berkumpulan.

Sementara itu, konsert tersebut bakal diadakan di Esplanade, Singapura pada 21 Oktober 2014.

Tiket konsert untuk persembahan di IB dijual pada harga RM83 hingga RM443.

Ia boleh ditempah menerusi laman web www.iLassotickets.com atau menghubungi talian 03-79576088.

Bagi peminat di  Singapura pula, tiket dijual pada harga $40 dollar  hingga $80 dollar dan ia boleh didapati menerusi laman web www.sistic.com.

Tags / Kata Kunci: Ramli Sarip , Achmad Albar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan