Kabir Bhatia Sanggup Tunggu Awie Kerana 'Dollah Superstar'

Diterbitkan: Rabu, 24 September 2014 12:31 AM

Barisan para pelakon filem Dollah Superstar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah terkenal, Kabir Bhatia sanggup menunggu selama lapan bulan untuk mendapatkan vokalis kumpulan Wings, Awie bagi menerajui peranan utama dalam filem terbaharu arahannya berjudul Dollah Superstar.

Kabir berkata, dia sanggup menunggu sehingga jadual penyanyi rock itu kosong bagi membolehkan dia memegang watak berkenaan.

"Filem ini tergendala selama hampir lapan bulan kerana saya berkeras mahukan Awie memegang watak sebagai Dollah.

"Saya tidak dapat bayangkan orang lain memegang peranan tersebut dan sebab itulah saya sanggup menunggu jadualnya kosong sebelum memulakan penggambaran. Ia penantian berbaloi," katanya kepada mStar Online.

Kabir ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan di Cathay e@Curve di sini pada Selasa.

Kabir Bhatia


Selain Awie, filem itu turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad, Neelofa, Aziz M. Osman dan Lan Pet Pet.

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.

Tambah Kabir, dia sangat kagum dengan komitmen Awie ketika berada di set penggambaran selain dia seorang pelakon berbakat besar.

"Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Awie dan saya sangat bangga terhadap komitmennya dalam menjayakan watak sebagai Dollah," katanya.

Dollah Superstar mengisahkan mengenai seorang gengster iaitu Dollah (Awie) yang gemar menonton filem aksi dan bercita-cita untuk bergelar pelakon dan pengarah.

Perkenalannya dengan seorang pelakon terkenal iaitu Shah Dazzle (Sharnaaz Ahmad) telah membuka ruang kepadanya untuk bergelar pelakon sehingga menyebabkan pelbagai tragedi menarik berlaku.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai paparan tentang kehidupan pelakon dan situasi di set penggambaran yang mungkin akan menggores hati sesetengah pihak, Kabir berkata ia sekadar fiksyen penulis skrip dan bukan menggambarkan situasi sebenar.

Jelas Kabir, dia cuba menyuntik elemen humor dalam paparan situasi itu agar menjadi lebih menarik supaya penonton tidak bosan.

Awie


"Jangan ambil terlalu serius kerana ia sekadar hiburan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa," katanya.

Sementara itu, Kabir berkata, menerusi filem berkenaan ramai pelakon terkenal membuat kemunculan istimewa sebagai satu suntikan kelainan dalam karya itu.

"Saya beruntung kerana mendapat kerjasama baik daripada ramai artis yang ingin sama-sama menjayakan filem ini dan ia tentunya sebagai satu tarikan kepada penonton," katanya.

Antara artis yang membuat kemunculan istimewa adalah Afida S, Datin Umie Aida, Beto Kusyairi, Nadiya Nisaa dan Cico Harahap.
Tags / Kata Kunci: Awie , Kabir Bhatia , Dollah Superstar

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan