Kumpulan Shiro Tidak Akan Ketepikan RTM

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 1:35 PM

s

Kumpulan Shiro bukan muka Astro sebaliknya utamakan tawaran RTM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Shiro menjelaskan mereka sentiasa memberi keutamaan terhadap tawaran yang datang daripada pihak stesen televisyen RTM sebagai tanda mengenang jasa stesen itu biarpun mereka banyak menerima tawaran daripada stesen televisyen lain.

Salah seorang ahlinya, Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 27, berkata, RTM sentiasa menyokong kerjaya seni mereka sebelum dikenali dalam dunia lawak tanah air.

"Alhamdulillah perjalanan kerjaya Shiro semakin lama semakin baik dan banyak tawaran yang kami dapat termasuk dalam bidang pengacaraan di semua stesen televisyen bukan tertumpu pada Astro sahaja.

"Kami paling tidak boleh tolak tawaran daripada pihak RTM kerana stesen televisyen itu yang banyak membantu kerjaya Shiro daripada tidak dikenali dulu sehingga sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Ajak, Shiro turut dianggotai oleh Sharol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi.

Mereka lebih menyerlah selepas menyertai rancangan Raja Lawak nusim keenam terbitan Astro.

Tambah Ajak, biarpun kerjaya mereka diuruskan oleh pihak Astro, namun, mereka sudah sudah memberitahu pihak pengurusan itu bahawa semua tawaran dari RTM perlu diberi keutamaan biarpun bayaran lebih rendah daripada tawaran lain. 

Mereka juga tidak mahu dikatakan sebagai 'kacang lupakan kulit' terhadap pihak yang banyak memberi peluang kepada mereka ketika di awal kemunculan.

"Kalau tawaran itu datang daripada pihak RTM memang kami akan beritahu pengurusan supaya kalau boleh kami ingin lakukan dan beri keutamaan.

"Kami ingat jasa mereka dulu, masa orang tidak kenal Shiro, tawaran diberikan RTM tidak putus-putus hingga kami boleh bertahan dalam industri seni ini," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan kerjaya kumpulan ini, Ajak berkata, kedua-dua mereka banyak menerima tawaran sebagai pengacara bagi program hiburan.

"Saya baru sahaja diperkenal sebagai hos rancangan Galaksi di TV9 bersama pelakon Tasha Shila, sementara Sharol sibuk sebagai pengacara program Sukalattew di Astro Warna," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shiro

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan