Dilantik Duta U Mobile Bukan Sebab Kritik Syarikat Telekomunikasi - Dafi

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 12:32 AM

Dafi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dafi menolak khabar angin kritikannya terhadap perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi menerusi Instagram miliknya baru-baru ini menjadi punca dia mendapat tawaran sebagai duta U Mobile.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, menyifatkan tawaran yang diterima itu sekadar kebetulan dan dia terus menerima peluang itu memandangkan U Mobile belum pernah mengambil mana-mana selebriti sebagai duta produk mereka.

"Saya tak rasa U Mobile mengambil saya sebagai duta kerana perkara itu. Tetapi jika kritikan tersebut telah memberi saya peluang ke arah lembaran lain, saya bersyukur.

"Dan saya gembira kerana diberi kepercayaan untuk menjadi wakil kepada produk telekomunikasi ini," katanya.

Dafi berkata demikian selepas majlis perlantikan Dafi sebagai duta U Mobile  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pada Khamis. 

Pada Julai lalu, Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan menerusi laman Instagram miliknya.

Dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku.

Sementara itu, Dafi berkata, dia mengambil peluang menerima tawaran sebagai duta U Mobile selepas melihat syarikat tersebut sudi membantunya dalam kerja-kerja pembabitannya di bidang nyanyian.

"Kami bekerjasama dengan situasi menang-menang di mana saya mempromosikan produk mereka dan pada masa sama mereka turut membantu menjayakan konsert mini jelajah di beberapa lokasi.

"Malah, kulit album #D4F1 merupakan rekaan daripada pihak U Mobile," ujarnya.

Ketua Pemasaran Komunikasi dan Jenama, U Mobile Sdn Bhd, Jeanette Lee pula berkata pelantikan Dafi dianggap sebagai pilihan tepat kerana penyanyi itu mempunyai personaliti menarik yang memikat peminat-peminatnya.

"Dafi seorang yang muda, merendah diri dan progresif dalam kerjanya. Dan segala personaliti yang ada padanya adalah selebriti yang selama ini kami cari.

"Kami bekerjasama dengan kontrak selama setahun di mana dan dia akan terbabit dengan beberapa kempen, promosi serta iklan," tuturnya.

Pada majlis tersebut, Dafi turut melancarkan album terbaharunya berjudul #D4F1 yang memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Salahkah Aku, Dalam Hati Ini, Sudah Cukup Sudah, Bintang Hati  dan Baby Harus Bersama.

Tags / Kata Kunci: Dafi , U Mobile

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan