Fathia Masih Mahu Berlakon

Diterbitkan: Selasa, 16 September 2014 12:30 AM

Fathia

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nur Fathia berharap mana-mana pihak tidak keliru dengan dakwaan kononnya dia bakal bersara daripada dunia lakonan.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, bagaimanapun tidak terkejut dengan berita itu kerana menganggap ia sebuah gosip yang tidak jelas sedangkan sehingga kini dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang diperkatakan.

"Itu hanyalah gosip sahaja dan saya tidak pernah memberi kenyataan mahu berhenti berlakon.

"Malah pada hujung September ini saya akan memulakan penggambaran drama Bercinta  terbitan Zeel Production. Dan pada April tahun depan saya bakal terlibat dengan filem Puteri Limau Purut,  arahan Datuk Seri Shah Reza.

"Jadi, mana mungkin saya mahu berhenti di saat saya menerima tawaran demi tawaran," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Fathia diminta mengulas laporan sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok yang mengatakan dia tidak mahu terlibat dalam lakonan lagi termasuklah bidang seni lain.

Menurut laporan itu, Fathia yang masih menuntut dalam jurusan undang-undang peringkat ijazah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu ingin berubah angin di bidang lain.

Sementara itu, Fathia menganggap, isu itu mungkin timbul memandangkan dia sudah lama tidak muncul di mana-mana drama televisyen sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, dia percaya gosip tersebut tidak akan menjejaskan kerjayanya mahupun pun kehilangan peminat.

"Sebenarnya dari dulu lagi konsep saya bekerja ialah, mengambil tawaran satu demi satu. Dan saya akan menolak tawaran lain sekiranya terdapat penggambaran projek lain pada ketika itu.

"Jadi, saya anggap orang ingat, apabila saya tolak tawaran, kiranya saya dah tak mahu berlakon. Apa-apapun, buat peminat-peminat, jangan risau, saya masih lagi dalam industri seni kita," tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Fathia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan