Afgan Seronok Mengarah Filem

Diterbitkan: Jumaat, 12 September 2014 2:03 PM

Afgan mStar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Afgan tidak sangka mampu menyelesaikan filem sulungnya berjudul Gila Dan Jiwa baru-baru ini walaupun melalui pelbagai cabaran sepanjang pembikinan karya itu.

Afgan atau nama sebenarnya Afgan Syahreza, 25, bagaimanapun berkata, ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan memandangkan ia kerja di luar bidang nyanyian.

"Menjadi seorang pengarah bukannya mudah kerana kita mesti tahu apa yang diinginkan dalam filem. Kerana itu saya sendiri menulis skrip karya ini.

"Walaupun ada macam-macam cabaran, pengalamannya sangat menyeronokkan. Ia mengajar saya cara bermain visual dalam sesebuah penceritaan yang ingin disampaikan," katanya.

Afgan ditemui pada majlis pelancaran single Katakan Tidak di The Red Box Plus, Pavilion disini pada Khamis.

Afgan

Filem Gila dan Jiwa  yang bakal ditayangkan tahun depan di Indonesia mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang sering dibuli ketika kecil. 

Dalam perkembangan lain, Afgan turut sibuk dengan persiapan  mengadakan konsert solo berskala besar di Jakarta pada 14 Februari 2014 dan kemudian merancang untuk mengadakan konsert di Malaysia pula.

"Bagaimanapun, sebelum sibuk dengan persiapan itu, saya akan ke beberapa negara Eropah untuk bercuti pada 4 Oktober ini.

"Saya mahu menenangkan fikiran, selain mendapat ilham muzik di sana. Mana tahu, balik daripada bercuti nanti, idea muzik saya lebih segar," ujarnya.

Sementara itu, diusik pula adakah dia sudah menemui cinta baharu, kata Afgan, dia lebih selesa hidup solo dahulu kerana ingin memberi fokus sepenuhnya dalam kerjaya.
Tags / Kata Kunci: Afgan , Gila Dan Jiwa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan