Pasangan Kembar Broo Twinz, Popular Kerana YouTube

Diterbitkan: Selasa, 9 September 2014 12:32 AM

BrooTwinz memberikan persembahan istimewa kepada pembaca mStar Online secara akustik menerusi lagu Saranghaeyo.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pasangan kembar Broo Twinz iaitu Izzat Ismer Mohd Noor (Ezmir) dan Izzat Izwan Mohd Noor (Ezwan) memberitahu penglibatan mereka sebagai penyanyi berlaku secara tidak sengaja selepas video nyanyian mereka di laman YouTube menjadi viral.

Ezwan, 26, berkata, video lagu Pencuri oleh Mark Adam yang dinyanyikan semula oleh mereka berdua mendapat perhatian daripada penonton dan sehingga kini mencatat jumlah tontontan hampir 200,000 tontonan.

"Segala-galanya bermula pada tahun 2012 apabila salah seorang kenalan kami memuat naik video nyanyian kami di YouTube dan sejak itu ramai yang meminta kami untuk lebih kerap berkongsi video di laman tersebut.

"Alhamdulillah setakat ini kami sudah buat lebih daripada 40 video dan yang paling mendapat sambutan adalah lagu Pencuri," katanya.

Bakat nyanyian Ezwan (kiri) dan Ezmir dikesan menerusi laman YouTube oleh abang saudara mereka sendiri. Foto IZZRAFIQ ALIAS.

Pasangan adik-beradik kembar itu ditemui ketika hadir untuk mengadakan sesi fotografi bersama mStar Online di sini pada Ahad lalu.

Tambah Ezwan, video berkenaan turut ditonton oleh abang saudara mereka yang yakin bakat nyanyian mereka boleh diketengahkan sebagai penyanyi duo berkumpulan.

"Menyedari bakat yang ada pada kami dia memperkenalkan kami kepada rakannya di syarikat rakaman NAR Records," ujarnya. 

Bagaimanapun kata Ezwan, mereka tidak mendapat tawaran tersebut dengan mudah sebaliknya perlu menjalani uji bakat sebelum diterima sebagai artis syarikat rakaman itu.

Selain menyanyi Ezmir kini bertugas di Pos Malaysia cawangan Seremban, Negeri Sembilan.

"Pada hari uji bakat kami menyanyikan lagu ciptaan kami sendiri berjudul Saranghaeyo dan mereka memberitahu memang mencari penyanyi yang boleh mencipta lagu sendiri. Alhamdulillah kami diterima sebagai artis NAR Records," ujarnya.

Dalam pada itu, Ezmir berkata, dia yakin kemunculan mereka sebagai pendatang baharu dalam industri muzik akan diterima oleh peminat biarpun menyedari persaingan amat sengit.

Jelas Ezmir, mereka optimis dapat menjadi salah seorang pemain dalam industri berbekalkan bakat nyanyian dan penciptaan lagu selain keunikan mereka sebagai pasangan kembar. 

"Rasanya tidak ramai pasangan kembar yang menjadi penyanyi dan itu adalah salah satu keistimewaan kami. Biarpun sedar dengan persaingan dunia seni namun itu bukan alasan untuk kami mengejar cita-cita dan yakin kemunculan kami dapat diterima peminat," ujarnya.

Selain berbakat dalam penciptaan lagu dan bermain alatan muzik pasangan kembar ini juga berkebolehan menyanyi secara harmoni.

Sementara itu, Ezmir berkata, dia selesa bekerjasama dengan adiknya sendiri dan memberitahu keserasian di antara mereka berdua memudahkan proses kreativiti terutamanya dalam penciptaan lagu.

"Biarpun kadang-kadang kami ada bertelagah tetapi sejujurnya kami amat memahami di antara satu sama lain dan muzik turut menyatukan kami terutamanya dalam menghasilkan muzik yang baik," katanya.

Bercakap mengenai single pertama, Ezmir berkata, mereka teruja apabila pihak syarikat rakaman mahu lagu Saranghaeyo yang dinyanyikan semasa uji bakat diketengahkan sebagai lagu utama bagi memperkenalkan mereka kepada peminat. 

Jelas Ezmir, mereka mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan lagu tersebut dan gembira apabila karya itu diterima baik oleh peminat dan turut dimainkan di stesen radio tempatan.

Ezuwan pula bertugas di Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia di Cyberjaya.

"Lagu Saranghaeyo adalah sebuah lagu berentak rancak yang kami cipta agak sudah lama sebenarnya dan tidak sangka pula pihak syarikat rakaman menyukainya dan mahu ia menjadi single pertama kami. Alhamdulillah ia diterima baik oleh peminat. 

"Dari segi muzik pula kami ketengahkan irama pop kerana ia lebih mudah diterima pendengar dan Insya-Allah single kedua akan menyusul selepas ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: BrooTwinz , Saranghaeyo , Youtube , NAR Records.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan