Ujibakat Pencetus Ummah Sudah Bermula

Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 12:25 AM

Namanzee Harris

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejayaan program realiti Pencetus Ummah membuatkan stesen televisyen Astro Oasis meneruskan usaha pencarian pendakwah baru untuk musim kedua pula.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Namanzee Harris, pencarian bermula di Zon Utara bertempat di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah yang akan diadakan pada 23 Ogos lalu dan ternyata respons yang diberikan amat menggalakkan.

"Kelainan pendekatan dakwah yang dibawakan berjaya mencuri perhatian dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

"Usaha murni yang ingin dicapai melalui program ini belum terhenti. Sambutan dan sokongan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak yang diterima pada musim lalu telah memberikan inspirasi kepada pihak Astro Oasis untuk meneruskan pencarian Pencetus Ummah di beberapa buah lokasi lagi," katanya.

Sehingga kini, pencarian bakat di dua lokasi iaitu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, sudah pun dijalankan.

Bagaimanapun, bagi yang tidak berkesempatan ke ujibakat tiga lokasi tersebut, peluang masih lagi terbuka kerana ia turut berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada 13 dan 14 September ini.

Sesi uji bakat terbuka kepada semua lelaki Islam warganegara Malaysia yang fasih berbahasa Melayu dan berusia antara 18 hingga 40 tahun serta sihat tubuh badan di samping mempunyai latar belakang dan pengetahuan agama Islam yang baik.

Peserta mestilah memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan atau Siji Menengah Rendah Agama (SMRA).

Mereka yang berminat perlu hadir ke lokasi uji bakat bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang dengan membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R.

Selain diuji untuk membaca surah Al Fatihah dan beberapa surah lazim, para peserta juga perlu hadir dan bersedia dengan satu topik tazkirah dengan tajuk bebas.  

Tags / Kata Kunci: Pencetus Ummah , Namanzee Harris

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan