'Time Capsule Malaysia' Tonjol Sejarah Negara

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 12:30 AM

Antara individu terlibat dalam Time Capsule Malaysia.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)  menerbitkan sebuah dokumentari sejarah negara berjudul Time Capsule Malaysia.

Dokumentari ini turut mendapat kerjasama daripada pihak A+E Networks Asia dan saluran History Channel.

Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan berkata, dokumentari ini mengisahkan tentang sejarah negara pada era 1950-an dan 1960-an  terutamanya mengenai budaya masyarakat di zaman itu.

Md Afendi Hamdan


"Konsep penyampaian yang dipaparkan dalam dokumentari ini lebih santai di mana kita membandingkan budaya di era 50-an dengan sekarang.

"Kita gabungkan ideologi pemikiran masyarakat pada zaman itu dan sekarang. Saya percaya penonton akan tertarik dengan dokumentari ini apatah lagi ia divisualkan lebih
urban," katanya.

Md. Afendi ditemui pada majlis pelancaran dokumentari
Time Capsule Malaysia di Finas di sini pada  Khamis.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal Finas, Dr. Megat Al-Imran Yasin dan pengarah produksi dokumentari tersebut, Chris Humphrey.

Sementara itu, Afendi memberitahu, dokumentari itu  akan disiarkan di seluruh Asia dan ia sekali gus dapat memperkenalkan sejarah negara ke peringkat antarabangsa.

"Dari dahulu lagi setiap penerbitan dokumentari berkaitan sejarah negara, kita akan cuba memasarkan ke luar negara.
Time Capsule Malaysia adalah salah satu program yang berjaya ke peringkat antarabangsa.

"Saya percaya, menerusi penyampaian yang santai, ia mudah difahami oleh penonton-penonton luar juga," ujarnya.

Time Capsule Malaysia yang dihoskan oleh Razif Hashim itu bakal disiarkan pada 14 September ini, pukul 9 malam menerusi saluran History (555) dan History HD (575) di Astro.

 

Tags / Kata Kunci: Time Capsule Malaysia , Finas

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan