Muzik Video Kisah Gay Pengalaman Hidup Soo Wincci

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Taiwan menjelaskan, muzik video lagu bahasa Mandarin nyanyiannya berjudul Not Brave  yang memaparkan kisah cinta pasangan homoseksual dihasilkan hanya untuk pasaran negara itu.

Soo Wincci, 28, berkata, muzik video sebegitu bukan sesuatu yang salah di Taiwan kerana ia tidak menyentuh sensitiviti masyarakat negara tersebut.

"Muzik video itu dilancarkan pada tahun lalu dan ia telah memenangi banyak anugerah di Taiwan. Saya akui ia adalah tentang seorang wanita yang kecewa selepas mendapat tahu teman lelakinya adalah pasangan gay.

"Saya tahu di Malaysia ia agak sensitif bila berkaitan dengan homoseksual, namun di Taiwan ia tidak menjadi masalah kerana masyarakat di sana lebih terbuka seperti di Amerika Syarikat," ujarnya ketika dihubungi mStar Online melalui Applikasi WhatsApp.

Soo Wincci akui pernah jatuh hati dengan lelaki gay.

Soo Wincci berkata demikian ketika diminta mengulas tentang muzik video lagu bahasa Mandarin nyanyiannya yang dilancarkan di Taiwan tahun lalu.

Muzik video berdurasi lima minit itu berjudul Not Brave mendapat kritikan di blog-blog hiburan negara ini apabila memaparkan adegan hubungan sejenis pasangan lelaki atau gay.

Dalam pada itu, Soo Wincci turut mengakui muzik video tersebut juga merupakan kisah pengalaman sebenar yang pernah dilaluinya beberapa tahun lalu.

Dia pernah merasai pengalaman jatuh cinta dengan seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang.

Muzik video itu juga sedikit sebanyak bercerita tentang kisah hidup saya beberapa tahun lalu di mana saya telah jatuh cinta dengan seorang lelaki gay.

"Ketika itu memang terlalu sakit hati kerana orang ketiga kami ialah seorang lelaki bukannya perempuan, saya tidak pernah menceritakan perkara ini pada orang lain kerana saya tahu orang akan cakap saya bodoh," katanya.

Tambah Soo Winci, peristiwa itu juga membuatkan dia sukar untuk mempercayai mana-mana lelaki buat masa ini.

Tags / Kata Kunci: Soo Wincci , Not Brave

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan