Diandra Arjunaidi Terharu Dapat Beraksi Di Dewan Filharmonik Petronas

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 12:31 AM

Diandra Arjunaidi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Penyanyi Diandra Arjunaidi berasa terharu kerana dipilih untuk terlibat melakukan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), pada 16 September ini.

Diandra, 23, berkata, ia merupakan kali pertama dia beraksi di pentas berprestij itu dan diletakkan sebaris dengan artis-artis yang sudah mempunyai nama yang kukuh  dalam industri seni.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada saya sebagai pendatang baru ini.

"Perasaan seperti tidak percaya dan takut kerana semua barisan artis yang terlibat sudah ada nama dan tahap mereka dalam industri seni," ujarnya kepada mStar Online.

Diandra ditemui selepas sidang media DFP Seni Fest 2014, di Hotel Traders, di sini, Khamis.

Antara artis lain yang terlibat dalam persembahan itu nanti ialah Andy (Flop Poppy), Alex Subryn, Monoloque, Man Kidal, Az Samad, kumpulan OAG, Basement Syndicate, Seven Collar T-Shirt dan Lab The Rat.

mStar Default Image
Diandra (tengah) bersama rakan-rakan artis yang akan terlibat dalam persembahan pada 16 September ini.


Persembahan itu bersempena dengan Festival Seni DFP iaitu sebuah pesta keraian yang menyajikan muzik ekstravaganza dalam perayaan seni dan budaya bermula 16 September hingga 21 September ini.

Dalam pada itu, Diandra berkata, dia akan membawakan empat buah lagu iaitu dua lagu ciptaannya berjudul Angkasa dan Sunyi, manakala dua buah lagi nyanyian semula berjudul Serba Salah nyanyian penyanyi Indonesia, Raisa dan Mencari Konklusi (Hujan).

Tambahnya, buat masa ini dia masih lagi dalam proses latihan bersama kumpulan muziknya bagi memberi persembahan terbaik.

"Saya diberi 20 minit untuk menyanyi, jadi sudah pilih lagu terbaik untuk dinyanyikan termasuk lagu baru ciptaan saya iaitu Sunyi.

"Insya-Allah saya sudah mulakan latihan dengan kumpulan muzik saya agar tidak berlaku kesilapan pada malam tersebut.

"Bagi saya ini merupakan salah satu cara saya membuktikan bakat yang ada terutama apabila diletakkan sebaris dengan nama-nama besar," ujarnya.

Sementara itu, konsert unplugged bertemakan Akustika ini bakal mempersembahkan lagu-lagu popular yang merangkumi pelbagai genre muzik.

Tiket bagi menyaksikan persembahan berkenaan dijual pada harga RM 100 dan RM70.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi talian 03-2051 7007 atau e-mel dfp_boxoffice@petronas.com.my atau melayari laman web www.mpo.com.my.

 

Tags / Kata Kunci: Diandra Arjunaidi

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan