Mark Adam Belum Fasih Berbahasa Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 4 September 2014 12:32 AM

Mark bakal muncul dengan album pertamanya pada awal tahun hadapan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi kelahiran Filipina iaitu Mark Adam mengakui masih mengalami masalah untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia biarpun sudah 13 tahun menetap di negara ini.

Mark bagaimanapun berkata, dia sentiasa menggunakan bahasa tersebut dalam pergaulan sehariannya sebagai salah satu cara memantapkan kemahiran selain mendapat tunjuk ajar daripada isterinya sendiri.

"Saya faham apabila orang bercakap dalam Bahasa Malaysia tetapi saya masih belum betul-betul fasih sepenuhnya namun setiap hari adalah proses pembelajaran buat diri saya.

"Isteri adalah guru saya dan dialah yang banyak membantu dan memperbetulkan sebutan sehingga kadang-kadang dia terpaksa mengajar saya berulang kali," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mark berkata, atas dasar itu juga dia masih belum berani untuk menulis lirik lagu nyanyiannya dalam Bahasa Malaysia kerana bimbang maksud yang ingin disampaikan berbeza daripada idea asalnya.

Jelas Mark, dia lebih selesa menulis lirik dalam Bahasa Inggeris dan meminta bantuan rakan-rakannya untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia sebelum ia dirakamkan.

Mark dan Waris bergabung untuk lagu tema filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut yang berjudul Sampai Bila.


"Lirik-lirik lagu dalam Bahasa Malaysia kebanyakannya indah selain cukup puitis tapi saya masih belum sampai ke tahap itu untuk menulis lirik.

"Insya-Allah suatu hari nanti saya ingin mencipta sendiri lirik dalam Bahasa Malaysia dan itu memang menjadi hasrat saya," jelasnya yang turut bertugas sebagai guru vokal di The Singing Shop.

Dalam perkembangan lain, Mark menganggap populariti yang dikecapinya dalam masa singkat bukan bermaksud dia boleh bermegah diri sebaliknya terus bekerja kuat dalam menghasilkan produk terbaik untuk peminat. 

Kata Mark lagi, dia menganggap sokongan peminat terhadapnya sebagai luar biasa dan tidak menyangka dapat diterima baik dalam masa singkat.

"Tanpa mereka mungkin saya tiada di sini dan sokongan yang ditunjukkan bukanlah untuk saya lupa diri tetapi lebih bekerja keras pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Mark berkata, dia kini sedang dalam proses menerbitkan album pertamanya yang dijangka akan dipasarkan pada awal tahun depan.

Jelas Mark, selain menggunakan material sendiri dia turut bergabung dengan DJ Fuzz sebagai penerbit albumnya itu nanti.

"DJ Fuzz adalah seorang yang berbakat besar dan peluang bekerjasama dengannya adalah satu penghormatan buat saya. Kini kami masih lagi dalam proses menyiapkan album berkenaan dan harap-harap ia dapat dilancarkan pada awal tahun hadapan," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Mark Adam

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan