Baki Zainal Teruja Ganti Halim Othman Di Suria FM

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 12:31 AM

Baki Zainal akui sukar berbahasa Melayu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Baki Zainal teruja apabila diberi peluang untuk menggantikan tempat Halim Othman sebagai deejay Ceria Pagi Suria FM selama sebulan bermula 1 September, Isnin lalu.

Baki atau nama sebenarnya Zahamin Baki Zainal, 33, berkata, ia merupakan peluang untuk dia mengasah bakat dalam bidang penyiaran radio terutamanya pasaran berbahasa Melayu.

"Saya diberi peluang untuk menggantikan tempat Halim Othman selama sebulan sahaja kerana abang Halim ada projek Jejajah Kamilah Malaysia bersama Suria Ford Wheel selama sebulan.

"Ini kali pertama saya bertugas sebagai penyampai radio. Sebelum ini saya ada juga dipelawa tetapi radio berbahasa mandarin sahaja," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Halim Othman dan Adibah Noor.

Baki yang terkenal sebagai pengacara rancangan berbahasa Mandarin ini mengakui cabaran utama adalah untuk berbahasa Melayu secara spontan dengan baik.

Lebih teruk, dia yang mengalami disleksia mengakui tidak boleh membaca dan menghafal skrip yang disediakan oleh pihak penerbit.

"Saya takut tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu secara spontan dengan baik, nasib baik juga rancangan pagi ini berbentuk sembang santai dan memperkatakan tentang sesuatu topik.

"Kalau mereka sediakan skrip untuk saya hafal memang tidak boleh sebab saya ada masalah disleksia iaitu gangguan membaca dan menghafal," katanya.

Dalam pada itu, bercerita tentang pengalaman dua hari mengendalikan Ceria Pagi Suria FM, Baki berkata, dia terkejut apabila beberapa pemanggil berbangsa Cina menghubunginya di konti dengan bercakap dalam bahasa Mandarin.

Dia terharu apabila dapat menarik pendengar berbangsa lain mendengar rancangan tersebut.

"Dua hari saya ada pengalaman yang baru, pagi tadi (Selasa) ketika menjawab panggilan seorang lelaki saya tidak menyangka dia terus berbahasa Mandarin dengan saya.

"Ada juga mesej-mesej daripada kalangan bangsa bukan Melayu yang saya terima sepanjang ke udara dengan memberi kata-kata semangat dan menyertai permainan yang kami buat," ujarnya.

Sementara itu, Baki tidak menafikan salah satu sebab dia menerima perlawaan tersebut adalah kerana penyanyi dan penyampai radio itu iaitu Adibah Noor.

Katanya, hubungan dia dengan penyanyi tersebut bukan sahaja sebagai rakan artis, malah sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri.

"Saya terima perlawaan ini pun sebab kak Adibah Noor, saya dah anggap dia macam kakak saya sendiri sebab itu saya tak mahu lepaskan peluang bekerjasama dengan dia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Baki Zainal , Halim Othman , Suria FM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan