Ani Maiyuni Belum Sedia Bersara

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 12:30 AM

Ani Mayuni akan meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi selagi diterima peminat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Ani Maiyuni masih belum terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian biarpun persaingan pendatang baharu semakin sengit mewarnai industri muzik ketika ini.

Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 35, berkata, jika dia berbuat demikian ia adalah tidak adil kepada para peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

"Sekiranya saya mengundurkan diri ia akan mengecewakan peminat kerana sokongan mereka tidak berbelah bahagi dan Alhamdulillah permintaan untuk mengadakan persembahan juga masih ada.

"Tambahan pula nyanyian adalah karier tetap dan saya masih ingin perjuangkan irama dangdut kepada peminat," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ani berkata, sebagai persediaan dia mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dan memberitahu akan membuka sebuah restoran berkonsepkan kafe pada penghujung tahun ini.

Ani bakal membuka sebuah kafe pada penghujung tahun ini.



Jelas Ani, dia sudah lama berhasrat untuk memiliki sebuah kafe kerana meminati bidang masakan dan bersyukur impian berkenaan bakal terlaksana.

"Alhamdulillah impian saya ingin membuka sebuah kafe hampir terlaksana namun kerana kesibukan dengan pelbagai tugasan saya terpaksa tangguhkan sehingga penghujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, Ani berkata, kafe yang bakal diberi nama Mayuni Mini Kafe itu akan menghidangkan snek ringan seperti kek, biskut dan sandwich dan akan diselenggara sendiri olehnya.

"Saya mahu ia menjadi sebuah kafe dengan konsep terbuka di mana pengunjung dapat menghabiskan masa bersama-sama sambil menikmati snek," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ani berkata, dia bakal berangkat ke Sarawak selama sebulan untuk menjalani penggambaran program masakan berjudul Jejak Juadah untuk siaran RTM.

Saksikan video Ani Maiyuni bercerita mengenai harsratnya membuka cafe yang mengambil inspirasi nama datuknya. Sila klik:  http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2014/09/03/video-ani-maiyuni-cafe/
Tags / Kata Kunci: Ani Maiyuni.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan