Atilia Enggan Tangguh Timang Anak

Diterbitkan: Isnin, 1 September 2014 12:25 AM

Atilia bersyukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Atilia Haron yang baru sahaja bernikah dengan seorang jurutera bunyi, Adam Sofian Mazlan, 37, pada pagi Ahad merancang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

Atilia, 40, berkata, dia enggan menangguhkan perkara itu seperti segelintir pasangan pengantin baru memandangkan usianya dan suami sudah meningkat.

"Alhamdulillah, akhirnya saya berkahwin dengan seorang lelaki yang sangat memahami saya. Sekarang ini, fokus kami adalah mahu segera menimang anak. Maklumlah, usia kami pun bukannya muda lagi," katanya berseloroh ketika dihubungi mStar Online pada Ahad sejurus selepas perkahwinannya.

Dengan hanya sekali lafaz, Atilia sah bergelar isteri kepada Adam dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di Hotel The Saujana Subang, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad.

Majlis itu dihadiri seramai 160 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.

Kata Atilia, dia bersyukur, perkahwinannya itu berjalan dengan lancar walaupun persiapan yang dilakukan tidak sampai sebulan.

Atilia dan Adam mula berkawan sejak 12 tahun yang lalu.

"Sepatutnya bukan sekarang kami nak kahwin. Tetapi apabila Adam akan ke Amerika Syarikat selama dua bulan, dan saya pula sibuk dengan kerja-kerja nyanyian dan mengajar yoga, maka kami rasa eloklah jika pernikahan kami disegerakan.

"Alhamdulillah, ia berlangsung dengan lancar pada hari ini (Ahad). Majlis kami pun sederhana, dan inilah yang kami mahukan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya apakah keistimewaan Adam di mata Atilia, kata penyanyi lagu Indah itu, dia suka melihat suaminya yang sangat berdisiplin dalam kehidupan hariannya selain seorang yang begitu rajin bekerja.

"Saya suka orang yang tegas. Dia tak banyak cakap, tetapi bijak menguruskan dirinya dengan cara yang sangat berdisiplin.



"Sudah 12 tahun kami berkenalan dan mula bercinta pada enam tahun lalu. Syukur, kami disatukan dan saya harap ia akan kekal hingga akhir hayat InsyaAllah," tuturnya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia dan yang pertama buat Adam.

Terdahulu, penyanyi jaz itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada 18 Disember 1998 dan mereka bercerai pada Januari 2009.
Tags / Kata Kunci: Atilia , Adam Sofian , Kahwin 2014

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan