Didie Alias Terpaksa Bawa Anak Ke Tempat Kerja

Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 12:31 AM

Didie Alias dan anaknya Mohammad Dayyan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Didie Alias terpaksa membawa anaknya yang baharu berusia dua bulan ke tempat kerja memandangkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Dayyan itu masih lagi menyusu badan.

Didie berkata, dia yang kini sudah mula mengambil tawaran sebagai pengacara majlis tidak tergamak untuk meninggalkan anaknya itu dengan memberikannya susu formula.

"Untuk permulaan ini saya terpaksa bawa Dayyan ke tempat saya bekerja kerana dia belum boleh makan dan hanya menyusu badan. Tidak sampai hati pula saya nak beri susu tepung.

"Sebab itu dia akan ikut saya ke lokasi. Mungkin nanti jika dia sudah besar, saya akan tinggalkan dia di rumah dengan bapanya," kata  Didie.

Dalam pada itu, Didie berkata, buat masa ini dia juga terpaksa menolak tawaran berlakon drama bersiri dan penggambaran di luar Kuala Lumpur.

Sementara itu, menceritakan pengalaman ketika awal melahirkan bayi tersebut, Didie berkata kehidupannya agak kelam kabut.

"Pada awal-awal lepas bersalin agak kelam kabut juga hidup saya kerana sudah 15 tahun tak jaga bayi. Tapi perlahan-lahan saya cuba perbetulkan balik keadaan.

"Kekok juga masa mula-mula kerana saya lupa macam mana nak pegang dan nak menyusukan dia. Banyak perkara yang saya kena ingatkan semula dan buat sepertima masa mula-mula dulu bergelar ibu. Alhamdulillah, sekarang ni sudah mula rasa biasa," ujarnya.

Muhammad Dayyan merupakan anak pertama Didie hasil perkahwinannya dengan Norisham Ismail pada tahun 2009.

Lima lagi anak Didie merupakan hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nurdhaniyah, 20, Muhammad Dhanial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Dayini Ahza, 15, dan Nur Diyana, 14.
Tags / Kata Kunci: Didie Alias , Mohammad Dayyan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan