Telinga Power Suria FM Tawar Hadiah RM50,000

Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 12:31 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suria FM bakal menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 kepada pendengar stesen radio itu bermula 1 hingga 26 September ini menerusi peraduan Telinga Power Suria FM.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, pihaknya kembali mengadakan peraduan tersebut selepas menerima maklum balas positif daripada pendengar yang mahukan ia diperkenalkan kembali selepas kali pertama diadakan pada Mac lalu.

“Telinga Power Suria FM ini adalah sambungan daripada apa yang telah kami lakukan pada bulan Mac lalu dan kami berharap lebih ramai pendengar akan menyertai peraduan ini dan teka bunyi dengan betul untuk memenangi wang tunai," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.

Jelas Adiwati, pendengar hanya perlu menjadi pemanggil pertama selepas isyarat ke udara dan dikehendaki meneka klip bunyi yang dimainkan dalam masa 10 saat.

Katanya, setiap bunyi yang berjaya diteka melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM500 sebagai ganjaran dan jika gagal jumlah tersebut akan digandakan ke segmen-segmen seterusnya.

"Jangan bimbang penyampai yang bertugas akan memberikan pembayang bunyi dari semasa ke semasa untuk memudahkan pendengar menjawab," katanya.

Telinga Power Suria FM akan keudara menerusi lima segmen iaitu segmen Ceria Pagi bermula 5 pagi hingga 10 pagi, Santai Ceria (10 pagi - 1 petang), R&R Suria (1 petang - 4 petang), Ceria Petang (4 petang - 8 malam) dan Ceria Suria (8 malam - 10 malam).

Pendengar boleh membuat panggilan terus ke studio apabila isyarat ke udara di 03-7724 2115. Layari www.suriafm.com.my untuk maklumat lanjut.

Tags / Kata Kunci: Suria FM , Telinga Power Suria FM.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan