Penonton Tegur 'Majalah 3' Siar Gambar Sharifah Aini Tidak Berhijab

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 12:25 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Edisi khas program Majalah 3 berjudul Perginya Seri Dewi Malam Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang disiarkan pada malam Isnin lalu ditegur penonton gara-gara tidak memenuhi permintaan terakhir biduanita itu agar tidak menyiarkan semula gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat.

Rata-rata penonton menyelar program terbitan TV3 itu kerana dianggap tidak sensitif selain melanggar permintaan Allahyarham selepas pemergiannya.

Program berdurasi selama sejam itu memaparkan kehidupan dan perjalanan kerjaya Allahyarham sepanjang bergelar anak seni yang turut memaparkan kembali gambar-gambar lama sebelum Allahyarham bertudung.

Kebanyakan penonton meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka melalui laman sosial Facebook TV3 yang mempunyai 1,601,011 pengikut itu selepas mereka memuat naik posting bagi mempromosikan program tersebut pada 25 Ogos lalu.

Posting tersebut menerima lebih daripada 200 likes dan 50 komen sehingga petang Khamis.

Salah seorang pengunjung Facebook, Faareast Mk berkata: "TV3 tidak menghormati arwah Sharifah Aini yang meminta video dia tidak menutup aurat supaya tidak disiarkan lagi."

Manakala Puteri Norathirah Megatabubakar menulis: "Memohon agar TV3 menghormati permintaan Allahyarham untuk tidak lagi menayangkan gambar beliau tidak menutup aurat.

"Permintaan beliau boleh dilihat semula pada rancangan Prof Muhaya di TV9 dahulu."

Fadzree Fadzree berkata: "Kasihanilah permintaan Allah, permintaan terakhir beliau jangan mendedahkan aib semasa muda".

Sementara itu, wakil stesen televisyen itu yang dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut berikutan ia merupakan pandangan peribadi masing-masing.

Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai lalu kira-kira pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru   selain virus Influenza A H1N1.
Tags / Kata Kunci: Majalah 3 , TV3

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan