Ayda Jebat Minta Kontroversi Fotonya Dengan Zul Ariffin Tidak Disensasikan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 12:23 AM

Ayda Jebat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat meminta orang ramai agar tidak memperbesarkan isu foto mesranya bersama aktor Zul Ariffin yang dimuatkan dalam Instagram miliknya.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, foto-foto tersebut adalah sekadar promosi drama Rindu Awal 200%  yang tidak bertujuan mencetuskan sebarang kontroversi atau melukakan hati mana-mana pihak.

"Jujurnya, saya tidak berniat nak timbulkan isu dengan setiap gambar yang dimuat naik dengan Zul di Instagram. Itu semua sekadar promosi drama sahaja. Dan foto-foto tersebut diambil ketika kami berada di lokasi penggambaran.

"Mengenali Zul, dia seorang yang 'moody'. Dan pihak penerbit sendiri dah bagitahu awal-awal supaya pastikan lakonan saya dan dia ada keserasian. Maklumlah, saya kan orang baru. Selepas dua minggu penggambaran, baru dia okay. Itu yang saya ambil gambar tu. Tak ada apa-apa niat pun.

"Jika orang komen berkaitan dengan agama, saya tidak boleh nak cakap apa-apa kerana saya bukannya warak pun. Di harap foto-foto yang itu tidak lagi menjadi isu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Drama bersiri Rindu Awak 200% disiarkan di TV3, menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Foto mesra Ayda dan Zul membuatkan ramai yang mengkritik kedua-dua pelakon tersebut.
Baru-baru ini, Ayda mendapat kritikan daripada pengikut Instagram miliknya kerana memuat naik foto-foto mesra bersama Zul di laman sosial berkenaan.

Pelakon muda itu turut dihentam apabila salah satu foto mereka diambil dalam kedudukan begitu rapat memandangkan mereka bukan muhrim yang disifatkan tidak manis untuk dipaparkan kepada umum.

Sementara itu, Ayda berkata, walaupun pada awalnya dia sedikit berkecil hati dengan komen-komen negatif tersebut, namun dia mengambil pendekatan berfikir secara positif dengan setiap komen yang diberikan.

"Saya senang saja, fikir sahaja komen-komen itu ke arah yang positif kerana ada juga komen negatif yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.

"Apa-apapun, setiap foto yang dimuat adalah kehendak saya sendiri. Cuma mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Entahlah, saya pun hanya jadi diri sendiri. Apa yang dilihat dalam Instagram, itu adalah (diri) saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia bersyukur, populariti yang diraih menerusi drama tersebut membuatkan dirinya dilantik sebagai duta produk kecantikan Aurawhite Bubbly.

"Alhamdulillah, saya pun tidak sangka drama itu banyak memberikan saya peluang rezeki di dalam karier seni termasuklah menjadi duta produk kecantikan. Untuk Aurawhite Bubbly, ia lebih ditujukan kepada golongan remaja yang ingin kelihatan cerah dan berseri.

"Alang-alang mahu mempromosikan produk tersebut, saya merancang untuk bertemu peminat-peminat menerusi aktiviti-aktiviti tertentu. Atau akan ke sekolah-sekolah kerana produk itu khas untuk golongan remaja sahaja," tuturnya.
Tags / Kata Kunci: Ayda Jebat , Zul Ariffin , Rindu Awak 200%

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan