'Lagenda Budak Setan 3' Lewat Tayangan Bukan Sebab Masalah

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 12:30 AM

Lagenda Budak Setan: Kasyah akan berada dipawagam pada 11 September ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak penerbit Lagenda Budak Setan 3: Kasyah iaitu Astro Shaw menjelaskan kelewatan tayangan filem berkenaan bukan disebabkan oleh masalah dalaman biarpun ia telah pun siap menjalani penggambaran hampir dua tahun lalu.

Penerbitnya, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, syarikat produksi itu memilih untuk menayangkan filem berkenaan pada tahun ini kerana ingin memberi ruang kepada penonton selepas Lagenda Budak Setan 2: Katarina ditayangkan pada 2012.

"Jika ikutkan trilogi Lagenda Budak Setan memang ditayangkan setiap dua tahun bermula 2010 dan ini adalah sebagai salah satu langkah promosi kami dalam menarik penonton ke pawagam.

"Ia bukanlah kerana masalah teknikal atau pun kewangan cuma biarlah penonton berasa teruja sikit selepas sekual yang lalu," katanya kepada mStar Online.

Gayatri ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan di Golden Screen Cinema (GSC) Mid Valley di sini pada Rabu.

LBS3 bakal ditayangkan pada 11 September depan menampilkan barisan pelakon seperti Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae, Iqram Dinzly dan Lisa Surihani.

Dalam pada itu, pengarah LBS3, Sharad Sharan berkata, dia telah memberikan yang terbaik untuk siri terakhir karya yang diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah itu.



Sharad Sharan.

Jelas Sharad, dia juga bertuah apabila mendapat kerjasama baik daripada Ahadiat yang turut bertindak sebagai lakon layar dan penulis skrip bagi memastikan semua plot penting dalam 'Kasyah' dapat dimasukkan ke dalam versi filem.

"Untuk 'Kasyah' saya perlu memastikan semua elemen penting dalam novel asalnya dapat dimasukkan dan beruntung mendapat kerjasama daripada penulis asal novel berkenaan dalam memberikan nasihat dan memilih plot terbaik untuk ditonjolkan dalam bentuk filem," katanya. 

Bagaimanapun kata Sharad, adalah sesuatu yang mustahil untuk memasukkan semua plot dan sub-plot dalam karya tersebut dan berharap apa yang ditonjolkan dapat memuaskan hati penonton.

Sementara itu, Ahadiat yang turut hadir pada majlis tayangan perdana itu berkata, dia amat berpuas hati dengan hasil kerja pengarah tersebut kerana berjaya menterjemahkan ceritanya dengan baik di layar perak.

Malah Ahadiat turut memuji karektor yang dipegang oleh Farid sebagai Kasyah yang disifatkan sebagai berjaya menghidupkan watak berkenaan seperti mana dibayangkan ketika menulis novel itu pada tahun 1985.

"Tiada apa yang boleh saya katakan selain sangat gembira dengan hasil LBS3 yang mana semua perkara penting yang sama-sama kami bincangkan diterjemahkan dengan baik termasuk lakonan semua pelakon terutamanya Farid.

"Apa yang tinggal kini adalah bagaimana kita boleh mengubah persepsi penonton supaya dapat menerima seadanya karya ini tanpa membandingkan dengan novel asal kerana setiap pembaca mempunyai imaginasi dan gambaran berbeza daripada apa yang dibaca," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Sharad berkata, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk menterjemahkan karya tersebut kepada versi drama bersiri kerana ingin melihat kepada sambutan penonton terhadap filem ini terlebih dahulu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan