Pengarah Filem, Jamil Sulong Koma Akibat Strok

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 3:49 PM

Jamil Sulong (kiri) bersama isterinya Rosnani Jamil (tengah) dan teman seangkatan dengan mereka, Datuk Maria Menado pada satu majlis pada tahun 2012.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem terkenal Datuk Jamil Sulong berada dalam keadaan koma selepas diserang penyakit strok di kediamannya di sini pada pagi Khamis.

Anak kedua beliau, Dr. Anwardi Jamil ketika dihubungi mStar Online berkata, bapanya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Bapa saya diserang strok pagi ini dan keadaannya agak kritikal namun stabil buat masa ini," katanya ringkas.

Anwardi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan bapanya termasuklah lokasi pengarah itu mendapatkan rawatan selain meminta agar keluarga mereka diberi ruang untuk mengharungi masa sukar itu.

Jamil Sulong


Jamil, 88, adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.

Karya arahan beliau juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

Jamil juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.

Beliau berkahwin dengan Datin Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Tags / Kata Kunci: Jamil Sulong , Rosnani Jamil.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan