Jais Serbu Rumah, Alyah & Ramli MS Gagal Sorok Nikah

Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 11:30 AM

Ramli MS dan Alyah rupa-rupanya sudah bernikah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Status yang cuba disorok oleh penyanyi Alyah atau nama sebenanya Noor Hasilah Hassan, 33, dan juga Datuk Ramli MS mengenai perkahwinan mereka selama ini ternyata gagal apabila mereka dikatakan sudah bernikah.

Pasangan itu dipercayai bernikah di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Alyah dan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh memberi kerjasama sepenuhnya ketika sekumpulan pegawai penguatkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan wartawan Berita Harian menyerbu rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, kira-kira pukul 7.30 pagi Khamis.

Pasangan berkenaan dipercayai berjaya meyakinkan pegawai penguatkuasa mengenai status rumah tangga mereka dan diminta hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan selain dinasihatkan mendaftarkan perkahwinan mereka.

Sebelum ini Ramli mengunci mulut apabila ditanya gosip perkahwinannya dengan Alyah.

Alyah pula tidak banyak bercerita mengenai hubungan itu tetapi meminta pihak media bertanyakan sendiri kepada Ramli jika ingin penjelasan dengan alasan biar ia disahkan sendiri oleh pihak lelaki.

Gosip hubungan mereka bertambah kencang apabila Ramli yang selama ini menetap 10 tahun di sebuah hotel di sini membuat keputusan berpindah ke rumah baharu yang dibelinya sambil menafikan ia bertujuan untuk menamatkan zaman dudanya.

Berita yang tersebar ini mengakhiri pertanyaan mengenai status mereka dan jika benar Alyah dan Ramli sudah bernikah, ternyata laporan media sebelum ini adalah benar.

 

Tags / Kata Kunci: Alyah , Ramli MS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan