AirAsia Bawa Eddy Silitonga Untuk Jamal Abdillah

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 12:32 PM

Eddy (dua dari kiri) bersama anak-anaknya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam usaha Datuk Jamal Abdillah untuk melakukan kolaborasi bersama penyanyi dari Indonesia, Eddy Silitonga syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah menaja penerbangan penyanyi itu.

Eddy tiba dari Jakarta melalui penerbangan AK381  di lapangan terbang KLIA 2 pukul 11.35 pagi Rabu yang disambut oleh petugas syarikat penerbangan berkenaan.

Beliau bersama Jamal akan beraksi dalam sebuah konsert sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 57 di istana Budaya di sini bermula 28 Ogos (malam esok) sehingga 31 Ogos ini, pukul 8.30 malam.

Jamal Abdillah

Dalam pada itu Ketua Bahagian Komunikasi AirAsia, Aziz Laikar dalam kenyataannya kepada mStar Online berkata, pihaknya sangat berbesar hati menjadi penerbangan rasmi menaja konsert berkenaan apatah lagi ia sempena sambutan hari kemerdekaan.

“Jamal merupakan salah seorang legenda industri muzik Malaysia dan kami bangga dapat memenuhi impian beliau untuk berduet bersama idola beliau iaitu Eddy Silitonga.

“Sebagai sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia dan juga Indonesia, adalah impian kami untuk menjadi penghubung bagi dua industri muzik melalui kekerapan penerbangan dari pelbagai destinasi.

“Gabungan Datuk Jamal dan Eddy merupakan satu sejarah yang kami pasti akan menjanjikan satu persembahan yang amat menarik,” katanya.

Tiket bagi menyaksikan persembahan ini dijual serendah RM58 sehingga RM458 yang boleh dibeli menerusi http://www.ticket2u.biz  

Tags / Kata Kunci: Jamal Abdullah , Eddie Silitonga

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan