Penyanyi Farhan Nikah 10 Oktober

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 4:26 PM

Farhan bersama tunangnya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nur Farhan Azizan akhirnya membuat pengumuman rasmi bakal bernikah dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 10 Oktober depan.

Farhan, 30, berkata, keputusan memilih tarikh itu kerana menganggap ia adalah masa  paling sesuai selepas dua tahun mereka mengikat tali pertunangan.

"Kami memilih 10 Oktober depan untuk mendirikan rumah tangga kerana kami benar-benar sudah bersedia selepas dua tahun bertunang.

"Alhamdulillah kami berjaya menempuhi lapan tahun hubungan percintaan ini dengan pelbagai dugaan," katanya pada sidang media yang diadakan di Restoran Anggun Fusion, Plaza Damas, di sini, Rabu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.



Ahmad Rashadan adalah pengarah pengurusan bisnes di sebuah syarikat swasta.

Dalam pada itu, Farhan berkata majlis akad nikah akan diadakan pada sebelah pagi, manakala majlis resepsi akan dijalankan sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Pada majlis tersebut Farhan bakal menggayakan busana rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan memilih konsep Melayu Klasik bagi pelamin yang ditaja oleh Nas The Great Idea.

"Dalam tempoh yang agak singkat selepas membuat keputusan untuk berkahwin, kami banyak dibantu oleh beberapa pihak yang tampil ingin menaja perkahwinan kami.

"Baju, pelamin, video dan audio telah mendapat tajaan daripada pelbagai pihak yang bermurah hati yang melancarkan perjalanan majlis kami nanti," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Nur Farhan Azizan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan