Didie Alias Akui Hubungan Dengan Enot Renggang

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 12:32 AM

Didie Alias bersama anaknya yang diberi nama Muhammad Dayyan kini berusia 2 bulan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Didie Alias mengakui hubungan baiknya dengan pelawak Enot agak renggang sejak akhir-akhir ini berikutan kedua-duanya mempunyai komitmen masing-masing. 

Bagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, dia masih mengambil tahu tentang keadaan semasa teman rapatnya yang kini sedang bertarung dengan penyakit kanser usus.

"Saya akui mungkin kurang ambil tahu mengenai Enot kerana saya baru sahaja selesai bersalin dan dalam pantang, manakala dia sibuk dengan berniaga di bulan Ramadan lalu.

"Kali terakhir kami berjumpa masa hari pertama saya melahirkan anak iaitu pada Jun lalu. Masa Hari Raya pun tak sempat jumpa lagi sebab saya balik ke kampung, namun bagitu saya masih bertanya tentang keadaan dia terutama keadaan kesihatan dia," ujarnya kepada mStar Online.

Enot mengakui terasa hati apabila ramai teman baik mula menjauhkan diri.


Didie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Enot di mStar Online pada Isnin lalu bahawa teman-teman rapatnya mula menjauhkan diri dan mengelak daripada berkawan dengannya.

Ia berikutan laporan di ruangan pojok di akhbar mingguan lalu yang mendakwa ramai rakan baik yang tidak tahan dengan sikap Enot yang tidak bercakap benar terutama hal berkaitan penyakit tersebut.

Dalam pada itu, Didie berkata, kemungkinan keadaan kesihatan Enot yang sedang berhadapan penyakit kritikal itu membuatkannya mudah berkecil hati dan sering berfikiran negatif.

"Saya baru tahu tentang dia berkecil hati dengan saya, selepas baca berita di mStar Online. Dia tidak berapa sihat dan perlukan rehat.

"Saya faham orang yang mempunyai masalah penyakit kritikal ini sering berfikiran bukan-bukan," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang dakwaan yang mengatakan pelawak itu berpura-pura sakit, Didie berkata, perkara tersebut hanya Enot dan Allah sahaja yang lebih tahu.

Katanya, dia hanya mendoakan yang terbaik dan berharap pelawak itu terus tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

"Sakit itu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu kebenarannya, mungkin juga dia melindungi penyakit yang sedang dihadapi untuk membuatkan orang gembira.

"Saya mendoakan kesihatan dia semakin baik dan pergilah mendapatkan rawatan doktor kerana dia pun kadang-kadang ada degilnya," katanya.  

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan