Aliff Aziz 'Hilang', Cetus Tanda Tanya

Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 1:50 PM

Aliff mendiamkan diri bagi menyelesaikan masalah peribadi yang sedang dihadapi.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 23, mencetuskan persoalan baharu apabila dia dikhabarkan menghilangkan diri di lokasi yang tidak diketahui sehingga menjejaskan jadual seninya.

Menurut sumber, penyanyi itu juga tidak memberi sebarang respons menerusi mesej yang dihantar oleh pihak syarikat rakamannya, Sony Music sejak sebulan lalu untuk urusan sesi fotografi dan juga persembahan nyanyian.

Lebih memeranjatkan, Aliff didapati memadam semua status dan gambar-gambar yang pernah diumuat naik menerusi akaun Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang menghadapi masalah tertentu.

Semakan mStar Online pada Rabu juga mendapati, status akaun Twitter miliknya kali terakhir ditulis pada 21 Ogos lalu dengan mengatakan dia berada di Bukit Panjang (Singapura) bersama hastag #bored #alone.

Sementara itu, pihak pengurusannya Sony Music Malaysia yang dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya sudah hampir sebulan tidak dapat berhubung dengan penyanyi itu.

Aliff telah memadam kesemua gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram miliknya.

Wakil pihak pengurusan itu turut memberitahu Aliff telah menghantar mesej kepada mereka agar diberikan masa bagi menyelesaikan masalah peribadinya.

Tambahnya, disebabkan perkara itu juga Sony Music terpaksa membatalkan beberapa acara yang telah dijadualkan.

"Buat masa ini pihak kami masih cuba menghubungi Aliff namun tiada sebarang maklum balas dan difahamkan dia kini berada di Singapura.

"Kali terakhir pada Hari Raya kelima lalu dia meminta agar diberi masa untuk selesaikan masalah peribadi, namun tidak diberitahu berapa lama dan apakah masalah berkenaan," ujarnya.

Aliff sebelum ini pernah menimbulkan masalah apabila gagal dihubungi dan seringkali lewat dalam beberapa urusan kerja.

Namun dia berjanji untuk memperbaiki masalah peribadi yang merosakkan kerjaya seninya itu.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Aliff iaitu Aisyah Aziz turut gagal dihubungi dan difahamkan kini berada Singapura atas urusan kerja.

Sementara itu kepada sebuah portal berita ibu penyanyi berkenaan, S Hafiza Basharahil berkata, Aliff berada di Singapura sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu dan menguruskan hal peribadi.

Penyanyi itu akan pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz , Aisyah Aziz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan