'Sejoli' & 'Adnan Sempit 3', Pencalonan Terbanyak Anugerah Lawak Warna 2014

Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 12:30 AM

Antara artis yang terlibat dalam Anugerah Lawak Warna 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua buah filem komedi iaitu Sejoli dan Adnan Sempit 3  akan berentap dalam Anugerah Lawak Warna 2014 selepas  mendapat pencalonan tertinggi pada acara itu  yang diumumkan di Hotel Istana, di sini, pada Isnin.

Kedua-dua filem itu masing-masing menerima 6 pencalonan daripada 18 kategori yang dipertandingkan.

Kedua-dua filem itu turut berentap menerusi kategori utama iaitu Pelakon Komedi Wanita Terbaik yang mempertaruhkan Maya Karin (Sejoli), Yana Samsudin dan Intan Ladyana (Adnan Sempit 3) dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik melibatkan Shaheizy Sam (Adnan Sempit 3), Bront Palarea dan Azad Jazmin (Sejoli).

Filem tersebut juga turut tersenarai untuk kategori Filem Komedi Terbaik, Skrip Komedi Filem Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik dan Lakon Layar Komedi Terbaik.

Anugerah Lawak Warna 2014 akan berlangsung pada 19 September depan di Teater Selangor, Shah Alam dan akan dikendalikan oleh Datuk AC Mizal sebagai pengacara.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, penghakiman awal telah berlangsung dalam keadaan yang rumit kerana penyertaan luar biasa yang diterima.

"Pihak kami mendapat penyertaan yang terlalu banyak sehingga sukar untuk membuat pemilihan yang terbaik bagi mencalonkan mereka sebagai finalis.

"Seperti yang dijangkakan, penjurian awal berlangsung dalam keadaan yang sangat rumit," katanya pada sidang media Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana, di sini pada Isnin.

Nizam Sani (kiri) dan AC Mizal


Anugerah Terbaik akan dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada pengarah filem, pelakon dan professor.

Bagaimanapun bagi mendapat keputusan yang adil, tiada pihak daripada syarikat penyiar yang menjadi juri pada anugerah tersebut.

Anugerah Lawak Warna 2013 terbahagi kepada 15 kategori anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah Khas Juri.

Anugerah Popular mempertanding empat kategori iaitu Artis Lawak Lelaki Paling Popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular dan Segmen Komedi Radio Paling Popular bagi memberi peluang kepada para peminat untuk memilih para pemenang menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Selain filem, anugerah ini juga turut mempertandingkan rancangan-rancangan komedi termasuklah drama yang disiarkan di semua saluran tetevisyen negara ini.

Sebanyak sembilan kategori rancangan dan drama televisyen dipertandingkan.

Undian dibuka bermula 23 Julai lalu sehingga 15 Ogos lalu.

Anugerah Lawak Warna 2014 akan bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan serentak dengan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika.

Senarai kategori yang pertandingkan Dalam Anugerah Warna 2014

KATEGORI TERBAIK

1.  FILEM KOMEDI TERBAIK

Sejoli
Bikers Kental
Adnan Sempit 3
Kami Histeria
Hantu Tok Mudim

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)

Bront Palarea (Sejoli)
Azad Jazmin (Sejoli)
Zizan Razak (Bikers Kental)
Shaheizy Sam (Adnan Sempit 3)
Sofi Jikan (Hantu Tok Mudim)

3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)

Maya Karin (Sejoli)
Nur fazura (Kami Histeria)
Yana Samsudin ( Adnan Sempit3)
Diana Danielle (Kami Histeria)
Intan Ladyana (Adnan Sempit3)

4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)

Shuib Sepah (Bini Aku Hantu Langsuir)
Kazar Saisi (Bila Joyah Dan Goyah)
Sharol Shiro (Atan & Atoi)
Hairie Safwan (Bini Aku Hantu Langsuir)
Ajak Shiro (Yem Rempit)

5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)

Jasmin Hamid (Bila Joyah Dah Goyah)
Jihan Musa (Jihan Tak Nak Balik Raya)
Nadiya Nissa (Pengancam Perkahwinan)
Fazlina Ahmad Daud (Awang Senandung)
Khatijah Tan (Atan & Atoi)


6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)

Maharaja Lawak Mega 2013
Superspontan 2013
Sembang Teh Tarik
Bintang Mencari Bintang Final
Kan Da Kena Siri 2

7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK (BERSIRI)

Oh My English April Fool
Osman Baku Musim 2
Yem Rempit
Projek Memikat Suami
Benci Vs Cinta

8. SIRI KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

Karoot Komedia Raya
Warna Raya
Fuyo Raya Zizan
Kaunter Kaboom Raya
Lari Lari Raya

9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)

Bini Aku Hantu Langsuir
Bila Joyah Dah Goyah
Jihan Tak Nak Balik Raya
Oh My English Hello America
Kampung Semarah Padi
Pengancam Perkahwinan

10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Sejoli
Hantu Tok Mudim
Kami Histeria
Adnan Sempit 3
Bikers Kental

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)

Bini Aku Hantu Langsuir
Oh My English - Hello America
Jihan Tak Nak Balik Raya
Pengancam Perkahwinan
Bila Joyah Dah Goyah

12. SKRIP KOMEDI WANITA TERBAIK

Bini Aku Hantu Langsuir
Oh My English - Hello America
Jihan Tak Nak Balik Raya
Pengancam Perkahwinan
Bila Joyah Dah Goyah

13. SKRIP KOMEDI TERBAIK FILEM

Sejoli
Kami Histeria
Hantu Tok Mudim
Bikers Kental
Adnan Sempit 3

14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)

Bini Aku Hantu Langsuir - Jamal Khan
Oh My English - Hello America - Shamyl Othman
Jihan Tak Nak Balik Raya - Kye Fariz
Pengancam Perkahwinan - Tam Suhaimi
Bila Joyah Dah Goyah - Nazir Jamaluddin

15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Sejoli - Osman Ali
Kami Histeria - Shamyl Othman
Hantu Tok Mudim - Waan Hafiz
Bikers Kental - Helmy Yusof
Adnan Sempit 3 - Ismail Bob Hasim


KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR

Jepp (Sepah)
Johan
Zizan Razak
Achey
Nabil Ahmad

2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR

Tiz Zaqyah
Didie Alias
Jihan Muse
Sharifah Sakinah
Noorkhiriah

3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

Johara Pagi Era - Spontan Era
Johara Pagi Era - Gosip Mosip Mak Jemah
Johara Pagi Era - Sketsa Johara
Sinar Pagi - Drama Ke Laut
Hot FM - AM Krew bersama Dr. R

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan