Azhan Rani Galas Tanggungjawab Berat Sebagai AR Tompel

Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 12:33 AM

Azhan menggalas tanggungjawab besar sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azhan Rani bimbang dengan penerimaan penonton terhadap peranannya sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel dalam siri biopik telefilem Saloma yang bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini.

Azhan mengakui bukan mudah untuk membawa watak nyata terutamanya lagenda seperti Tompel dan menjelaskan dia sendiri pada asalnya kurang keyakinan untuk menerima tawaran dibuat oleh pengarahnya, Melissa Saila.

"Saya tidak memberi jawapan segera apabila Melissa menawarkan watak berkenaan kepada saya kerana Tompel adalah seorang figura lagenda tambahan pula saya tidak pernah membawa watak yang pernah ada sebelum ini.

"Perasaan bimbang dan ragu-ragu itu sudah semestinya ada kerana saya tidak tahu bagaimana penerimaan penonton terhadap lakonan saya memandangkan ramai mengenali Tompel dan filem-filem lakonannya masih disiarkan sehingga hari ini," katanya kepada mStar Online.

Selain Azhan, Saloma turut dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Sazzy Falak (Mariani), Sharifah Amani (Siput Sarawak) dan Hasnol Rahmat (bapa tiri Saloma).

Azhan bersama Nabila yang membawa watak sebagai Saloma.

Tambah Azhan, dia sangat berhati-hati dalam membawa peranan berkenaan kerana tidak mahu merosakkan watak berkenaan selain mahu penonton melihatnya sebagai Tompel dan bukan dirinya.

"Saya tidak membawa watak Tompel di depan layar tetapi sebaliknya dan saya perlu berhati-hati kerana tidak mahu mencalarkan peranan tersebut selain amat menghormatinya," katanya.

Dalam pada itu, Azhan berkata, pada hari pertama dia berada di set penggambaran lengkap dengan solekan dan bergigi palsu keyakinannya mula timbul untuk membawakan watak berkenaan.

"Saya terkejut melihat diri sendiri dalam cermin kerana Tompel berada dalam diri saya dan secara tiba-tiba kekuatan dan keyakinan itu timbul untuk melunaskan tanggungjawab diberikan Melissa," katanya.

Azhan juga terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Melissa kepadanya biarpun dia sendiri tidak mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian.

"Hari ini bila dilihat kembali saya gembira dan bertuah sama-sama dapat terlibat dalam projek ini dan ia adalah suatu pengalaman cukup manis buat diri saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Azhan Rani , Saloma , Nabila Huda , AR Tompel.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan