Siti Saleha Enggan Terima Watak Ibu Tua

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 12:30 AM

Siti Saleha tidak mahu bawa watak ibu kerana usia masih muda.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Pelakon Siti Saleha menganggap usianya yang masih mudah belum sesuai untuk memegang watak sebagai ibu yang sudah mempunyai cahaya mata berusia lebih daripada lapan tahun.

Siti Saleha, 24, berkata, dia terpaksa menolak tawaran yang mahukan dia melakonkan watak itu kerana dianggap terlalu berat untuk dilakonkan.

"Cukuplah dalam drama pada Ramadan lalu iaitu Ramadan Jangan Pergi di mana saya membawa watak ibu yang sudah mempunyai anak berusia lebih lapan tahun, buat masa ini saya tidak akan ambil watak seperti itu lagi.

"Usia saya baru 24 tahun dan watak sebegitu terlalu tua untuk saya. Kalau watak ibu yang mempunyai bayi seperti cerita Nora Elena itu saya boleh terima lagi," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis tayangan filem Mamak Cupcake, di Cathay Curve, di sini, malam Khamis lalu.

Siti Saleha dan Shaheizy Sam bergandingan dalam filem Mamak Cupcake.


Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tidak menyesal membawakan watak ibu dalam drama Ramadan Jangan Pergi yang disiarkan sepanjang Ramadan lalu.

Dia juga menganggap ia sebagai satu cabaran kepadanya dalam membawa pelbagai watak terutama yang tidak pernah dibawakan sebelum ini.

"Saya gembira apabila ramai penonton suka dengan watak ibu yang saya bawa dalam drama itu, saya tidak menyesal kerana ia merupakan pengalaman pertama saya.

"Saya anggap ia sebagai satu cabaran sebagai pelakon tetapi kalau boleh biarlah hanya drama itu sahaja buat masa ini," katanya.

Sementara itu, Siti Saleha yang turut terlibat dalam filem komedi berjudul Mamak Cupcake terbitan Grand Brilliance ini mengakui selesa bergandingan dengan pelakon lelaki kegemarannya Shaheizy Sam.

Katanya, Sam seorang pelakon lelaki yang sangat berkebolehan dalam membawakan pelbagai watak dengan baik.

"Ini merupakan pertama kali saya berlakon dengan Sam dan saya merupakan salah seorang peminat dia.

"Dia seorang pelakon yang tidak stereotaip yang mana boleh bawa semua watak yang diberikan dengan baik sekali," katanya.

Dalam filem Mamak Cupcake, Siti Saleha memegang watak sebagai Juliana anak kepada Datin Nora (Maria Farida) yang merupakan penganjur kepada pertandingan Cupcake Kebangsaan.

Dia akhirnya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bernama MJ (Shaheizy Sam) yang turut mengambil bahagian dalam acara pertandingan itu.

Filem Mamak Cupcake akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 28 Ogos ini.
Tags / Kata Kunci: Mamak Cupcake , Siti Saleha

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan