Nora Danish Bengang Akaun FB Digodam

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 12:32 AM

Nora mendedahkan akaun Facebook miliknya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish mendedahkan akaun Facebook miliknya telah digodam oleh pihak tertentu pada Jumaat.

Nora menerusi laman Instagram Nora memberitahu dia akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti dalang disebalik kejadian berkenaan.

"Akaun peribadi Facebook saya digodam. Hilang semuanya. Saya akan buat laporan polis," katanya dalam status berkenaan.

Dalam pada itu, Nora turut menyenaraikan 10 lagi akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya. Jelas Nora, dia berharap peminat tidak akan mengambil perhatian dan tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut.

"Kesemua akaun Nora Danish di Facebook ini adalah bukan saya. Sila ambil perhatian, terima kasih," katanya.

Nora mendedahkan mengenai perkara berkenaan menerusi laman Isntagram miliknya pada Jumaat. 

Sementara itu, peminat aktres itu turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan menyifatkan perbuatan pengodam berkenaan sebagai tidak berhati perut.

Salah seorang pengikutnya iaitu @norumairahrosli berkata, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mencari publisiti murahan.

"Tidak faham dengan orang-orang zaman sekarang. Dah tiada kerja sangat sampai nak godam akaun peribadi sosial media orang lain," katanya.

Manakala @azaamalia pula mempertikaikan tindakan pemilik akaun palsu menggunakan nama selebriti terkenal itu demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka yang buat begitu hanya ingin menumpang populariti Nora dan orang sebegini adalah parasit," katanya.

Komen lain yang ditinggalkan oleh peminat Nora antara lain menyokong tindakannya untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Tags / Kata Kunci: Nora Danish , Facebook.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan