Unsur Jenaka Kekuatan 'Bahayanya Wanita'

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Unsur jenaka teater muzikal Bahayanya Wanita  yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Rabu  lalu berjaya membuatkan penonton terhibur sehingga tidak kering gusi ketika menyaksikan persembahan tersebut.

Ternyata, walaupun ia merupakan pementasan kali kedua (pementasan pertama pada Disember 2013), teater yang mengetengahkan isu kehidupan poligami itu masih lagi mampu menghilangkan kebosanan penonton walaupun sudah menontonnya.

Dibarisi oleh pelakon-pelakon popular iaitu Umie Aida, Erra Fazira, Nora Danish, Zizan Razak, Erma Fatima, Raja Ema dan Neelofa pementasan itu berlangsung selama hampir tiga jam.

Bermula kira-kira pukul 8.30 malam, persembahan dimulakan dengan nyanyian oleh Nora yang memegang watak sebagai Farhana iaitu isteri ketiga Syed Maddon Al-Attass (Zizan).



Ia mengisahkan tentang Maddon yang sudah mempunyai dua isteri iaitu Sharifah Fatimah Maruka (Umie) dan Kamelia (Erra) berkahwin dalam diam pula dengan Farhana.

Situasi menjadi kacau-bilau apabila rahsia Maddon terbongkar, namun usahawan kaya itu berjaya mengawal keadaaan. Dan tidak lama kemudian dia mejalinkan hubungan cinta dengan wanita Indonesia, Suti Lambung (Erma) dan berhayat ingin memperisterikannya.

Walaupun isu poligami sering dipaparkan dalam karya-karya tempatan, namun sentuhan Erma ini tidak stereotaip.

Erma menunjukkan masalah dalaman seorang suami yang gagal menjadi ketua keluarga selain mempunyai isteri-isteri yang tidak menghormatinya.

Biarpun membawa mesej yang agak berat, elemen jenaka yang digunakan berjaya menghidupkan jalan cerita sehinggakan bermula dari awal persembahan sehingga ke akhir, penonton tidak henti-henti ketawa dengan dialog lucu yang disampaikan pelakon-pelakon terutamanya Zizan.



Walaupun terdapat sedikit dialog-dialog berbaur lucah, namun teater ini tidaklah keterlaluan, cuma ia tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak.

Sementara itu, sungguhpun persembahan tersebut berjaya membuat penonton terhibur, pengarahnya, Erma meluahkan rasa risau jika penonton hanya menyaksikan pementasan itu sekadar hiburan semata-mata, sedangkan setiap dialog dan babak yang dibawakan mempunyai pelbagai mesej berguna.

"Di sebalik jenaka yang dipaparkan, ada benda yang saya mahu sampaikan. Ialah biasanya jika komedi, jarang mempunyai mesej-mesej tersirat.

"Tetapi menerusi naskah Bahayanya Wanita, saya menyampaikan mesej terutamanya kepada para suami serta isteri.

 

"Contohnya, watak Maddon sebagai suami dan khalifah, dia gagal menjadi ketua yang baik kerana tidak dapat mengendalikan isteri-isterinya. Dan sebagai isteri, walaupun si suami sudah berpoligami, mereka perlu menghormatinya sebagai ketua keluarga. Saya harap mesej yang dibawakan sampai kepada penonton," ujarnya.

Tiket dijual dengan harga RM53, RM73, RM103, RM153, RM203, RM253 dan RM303 yang boleh dibeli dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my.

Pementasan ini bermula sejak Rabu lalu sehingga Ahad ini.

Pada minggu lalu teater ini telah dipentaskan di Esplanade, Singapura.
Tags / Kata Kunci: Bahayanya Wanita

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan