Astro Perkenal 12 Pelajar AF2014

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 12:31 AM

Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) diperkenalkan. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), telah diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Doubletree By Hilton di sini pada Khamis.

Pelajar-pelajar tersebut masing-masing enam lelaki dan enam wanita iaitu, Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19.

Enam orang wanita pula ialah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, Syamila Nuhair Zainordi, 21 dan Walfadhilah Suhaizat, 19.

Majlis sidang media Akademi Fantasia 2014.

Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi berkata, 12 pelajar tersebut dipilih menerusi sesi uji bakat yang berlangsung selama dua minggu di empat buah lokasi iaitu Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Selangor pada Jun lalu.

"Agak mencabar juga mahu mencari 12 pelajar yang terbaik. Banyak saringan yang perlu dilakukan.

"Alhamdulillah, pihak kami memilih pelajar daripada pelbagai latar belakang selain mempunyai bakat yang berbeza," katanya pada majlis pelancaran tersebut.

Selain itu, majlis tersebut turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar iaitu Acis sebagai guru muzik dan pengarah muzik konsert, Siti Hajar (guru vokal), Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi) Linda Jasmine (Guru Tarian) dan Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan).

Barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 2014.

Manakala pelawak Zizan Razak sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengacara konsert mingguan sementara Jihan Musa sebagai pengacara Diari AF.

Sementara itu, rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam bermula 1 September ini. 

Konsert Mingguan AF 2014 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, pukul 9 malam, bermula 7 September 2014.

Ia akan bersiaran meneruai saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Tags / Kata Kunci: AF 2014

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan