Nad Zainal Tepis Tuduhan Serang Hefny Sahad Di Lokasi Drama

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 12:33 AM

Nad menegaskan dia dan Hefny tiada hubungan cinta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal menafikan tuduhan terbaharu kononnya dia telah menyerang pelakon Hefny Sahad di sebuah lokasi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna pada Selasa lalu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, dia terkejut dengan gosip tersebut kerana sehingga kini dia tidak pernah pun mengganggu Hefny ketika  aktor itu sibuk di lokasi penggambaran.

"Dakwaan mengatakan saya serang Hefny mengarut dan tidak berasas kerana saya tidak pernah melakukan perbuatan itu.

"Lagipun siapa saya mahu serang dia? Saya bukannya kekasih dia! Benar kami rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta,"  katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Gosip terbaharu timbul apabila Nad dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee di sini pada Selasa lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 malam itu dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan.

mStar Online difahamkan berlaku pergaduhan kecil diantara pasangan itu sehingalah mereka membuat keputusan untuk memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai peraaan cinta antara satu sama lain.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila mereka didapati telah mengeluarkan gambar-gambar kemesraan bersama dalam akaun Instagram masing-masing.

Sementara itu, Nad berharap isu itu tidak dipanjangkan lagi kerana gosip tersebut adalah tidak benar dan merupakan khabar angin semata-mata.

"Sudah-sudahlah, tiada motif pun saya nak bergaduh dengan dia.

"Lagi satu saya ingin tegaskan di sini, ramai yang keliru apabila kami dianggap  bercinta tetapi hakikatnya kami baru nak kenal hati budi. Belum lagi jadi pasangan kekasih.

"Sehingga kini, saya mahupun Hefny boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang kami mahu," tegasnya.

Hefny yang di hubungi mStar Online pula enggan mengulas lanjut berhubung insiden itu yang seolah-olah menggambarkan ia sememangnya benar-benar terjadi.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa dah kerana yang nampak buruk tetap saya. Cuma apa yang saya boleh katakan, dakwaan diserang itu merepek," katanya.

Terdahulu, Hefny dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta Nad dengan aktor Azwan Kombos, 29, apabila mereka dikatakan menjalin hubungan cinta selepas terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama yang turut diterbitkan oleh Zeel Production.
Tags / Kata Kunci: Nad Zainal , Hefny Sahad

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan