'Akim & The Magistrate' Grup Terbaharu Akim Ahmad

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 12:30 AM

Akim kini bergerak secara berkumpulan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad mengambil keputusan untuk bergerak secara berkumpulan dan memberitahu telah pun menubuhkan Akim & The Magistrate sejak tiga bulan lalu.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 23, berkata, tujuan dia menubuhkan kumpulan tersebut kerana ingin membuat persembahan dengan iringan pemuzik secara 'live' yang disifatkan lebih memberi kepuasan kepadanya sebagai penyanyi.

"Alhamdulillah sudah tiga bulan kami bergerak secara berkumpulan dan saya tubuhkan kumpulan itu kerana ingin membuat persembahan bersama pemuzik secara 'live' berbanding hanya menyanyi menggunakan minus one sahaja.

"Tenaga ketika menyanyi bersama kumpulan pemuzik ini berbeza perasaannya dan sebagai penyanyi ia memberikan kepuasan luar biasa kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, Akim & The Magistrate telah pun melancarkan single pertama mereka yang berjudul Mewangi dan sambutan terhadap lagu tersebut cukup baik dikalangan peminatnya.

Dalam pada itu, Akim berkata, biarpun dia kini bergerak secara berkumpulan namun itu tidak bererti dia ingin melupakan kerjaya solonya sebagai penyanyi.

Kata Akim, dia akan terus menghasilkan album solo pada masa hadapan namun buat masa ini dia ingin memperkenalkan kumpulan dan perjuangan muzik mereka kepada pendengar.

"Ahli dalam kumpulan ini juga tidak tetap dan mungkin akan bertukar-tukar mengikut kesesuaian jadual mereka malah ahli-ahlinya pun daripada kalangan rakan-rakan pemuzik daripada kumpulan lain.

"Saya akan tetap menghasilkan album solo dan Akim & The Magistrate hanyalah projek khas daripada saya untuk peminat," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai susuk tubuhnya yang semakin kurus, Akim mengakui kesibukannya menyebabkan dia sering mengabaikan waktu makan dan berehat sehingga menyebabkan dia kehilangan berat badan.

"Dulu berat badan saya 75 kilogram dan sekarang 67 kilogram namun saya memang mahu kuruskan badan dan akan mengekalkan berat badan sekarang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Akim berkata, dia juga baharu sahaja dilantik sebagai duta jenama pakaian antarabangsa iaitu Bread & Butter selama setahun.
Tags / Kata Kunci: Akim Ahmad , Akim & The Magistrate.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan