Melissa Saila Terkilan Dua Artis Veteran Tidak Sempat Tonton 'Saloma'

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 12:30 AM

Melissa Saila

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah filem Melissa Saila berasa terkilan apabila Seniman Allahyarham Datuk Aziz Sattar dan Allahyarham Latifah Omar tidak sempat menonton hasil filem biografi pertamanya yang mengangkat kisah Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul 'Saloma'.

Melissa berkata, semasa hayat mereka, artis terkenal itu banyak membantunya dalam membuat kajian tentang Saloma termasuklah memberikan banyak input untuk mengenali figura tersohor itu.

"Saya sebak apabila mengenangkan mereka tiada di sini bersama saya hari ini untuk melihat filem yang saya hasilkan mengenai rakan baik mereka.

"Sehingga akhir hayat saya tidak dapat membalas jasa mereka yang banyak membantu dari segi input dan bercerita pengalaman bersama Saloma untuk menghasilkan filem ini," katanya kepada mStar Online.

Melissa ditemui pada majlis pelancaran filem berkenaan di Saloma Bistro di sini pada Isnin.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Shazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

mStar Default Image
Barisan artis yang terlibat dalam filem 'Saloma' yang bakal ditayangkan di Astro First.

Ia bakal ditayangkan menerusi saluran Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini.

Dalam pada itu Melissa berkata, penerbitan filem ini juga adalah sebagai merealsasikan  hasrat ibunya iaitu Seniwati Mariani yang mahu melihat kisah adiknya itu dijadikan sebuah filem.

"Ibu saya adalah insan paling gembira pada hari ini dan saya sangat bersyukur atas sokongan ramai terutamanya Astro kerna naskhah ini berjaya dihasilkan," ujarnya.

Sementara itu, Melissa berkata, secara keseluruhannya dia mengambil masa empat tahun untuk menyiapkan karya berkenaan dalam memastikan semua aspek mengenai figura tersebut tepat.

Jelas Melissa lagi, dia juga berpuas hati dengan persembahan para pelakon terlibat terutamanya Nabila yang cukup menghayati watak sebagai Saloma.

"Dua tahun saya mengambil masa untuk kajian mengenai Saloma dan selebihnya untuk produksi namun masa yang diambil itu cukup berbaloi.

"Malah komitmen semua pelakon juga cukup baikm," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Melissa berkata, dia berharap paparan mengenai kisah Saloma itu diharap dapat menjadi rujukan terutamanya generasi muda yang ingin mengenali bintang berkenaan.

Katanya, menerusi filem itu juga  banyak fakta-fakta yang mungkin tidak diketahui umum turut dimasukkan bagi membolehkan penonton mengenali Saloma dengan lebih baik.

"Filem ini memaparkan kisah dan perjalanan susah senangnua sebagai seorang anak seni yang mungkin tidak pernah diketahui oleh umum.

"Menerusi karya inilah saya cuba membawa penonton menyelami hidupnya sebagai seorang anak seni," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Saloma , Melissa Saila

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan