Hairul Azreen Dilarang Berlakon Lasak Akibat Pembedahan Lutut

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 12:31 AM

Hairul Azreen

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hairul Azreen terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti lasak selama enam bulan selepas menjalani pembedahan lutut iaitu Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada Selasa di Pusat Perubatan Prince Court, dekat sini.

ACL adalah urat di dalam sendi yang menjaga kestabilan sendi lutut.

Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 26, berkata, dia yang dimasukkan ke wad pusat perubatan berkenaan pada Isnin lalu terpaksa akur dengan keputusan itu bagi memastikan kecederaannya tidak menjadi lebih parah sehingga menyukarkan dia melakukan lakonan aksi ngeri pada masa hadapan.

"Sebenarnya saya sudah pun merancang untuk melakukan pembedahan sejurus selepas sambutan Aidilfitri memandangkan sudah lama lutut saya sakit.

"Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar dan doktor menasihatkan saya supaya berehat melakukan sebarang aktiviti lasak  dalam masa enam bulan.

"Malah saya juga tidak boleh mengambil tawaran lakonan selama dua bulan agar dapat memberi fokus terhadap rawatan fisioterapi," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

mStar Default Image
Hairul berkongsi kisahnya di dalam Wad menerusi akaun Instargram miliknya.


Hairul dijangka dibenarkan keluar wad dalam tempoh lima hari lagi.

Dalam pada itu, tambah Hairul, dia juga membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tawaran bekerja sebagai pelakon lagak ngeri.

Lebih-lebih lagi katanya,  kebanyakan upah untuk kerja-kerja berkenaan yang diterimanya tidak setimpal dengan risiko yang harus ditanggungnya.

"Dulu saya memang gemarkan apa-apa aktiviti lasak. Sebab itu saya main ambil saja apa-apa tawaran untuk menjadi pelakon aksi ngeri.

"Memandangkan saya kini dapat merasai risikonya seperti sekarang (masalah lutut), maka saya mengambil pendekatan untuk tidak membabitkan diri sebagai pelakon lagak ngeri melainkan menerima tawaran bayaran yang berbaloi," ujarnya.
Video Hairul dikunjungi Johan (Raja Lawak) yang memberikannya pati ikan haruan.
Tags / Kata Kunci: Hairul Azreen

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan