Personaliti TV3, Mazidul Beransur Pulih - Berita Hiburan | mStar

Personaliti TV3, Mazidul Beransur Pulih

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 12:30 AM

Keadaan Mazidul dilaporkan semakin pulih dan masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai di ibu negara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Personaliti TV3 iaitu Mazidul Akmal Sidek dilaporkan beransur pulih dipercayai akibat serangan strok pada Julai lalu.

Menurut sumber terdekat Mazidul, bekas pengacara 999 itu masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar dekat sini namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan kesihatannya secara terperinci.

"Apa yang boleh saya beritahu dia semakin sihat dan doakan untuk kesihatannya," kata ahli keluarga terdekat personaliti itu ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Mazidul sebelum ini dilaporkan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan 'induced coma' atau koma sementara.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak keluarganya berhubung laporan berkenaan.

Sementara itu, usaha mStar Online mendapatkan komen daripada isterinya yang dikenali sebagai Fazlin gagal apabila wanita berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai keadaan suaminya itu.

Bagaimanapun, Fazlin sempat meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa laporan portal dan blog  yang memberi gambaran serta persepsi salah terhadap keadaan kesihatan suaminya itu.

"Apa yang dilaporkan semuanya tidak benar dan minta maaf saya tidak dapat menjawab apa-apa soalan mengenai Mazidul kerana mahukan privasi," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, pihak TV3 memaklumkan Mazidul masih diberi cuti dan sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan.

"Kami di TV3 berharap Mazidul akan cepat sembuh daripada penyakit tersebut," kata wakil stesen berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Mazidul Akmal Sidek , TV3 , 999.
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan