Kereta Taukeh (Jambu) Ditemui Dengan Bantuan Pengikut Instagram

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 1:39 PM

Taukeh (kanan) bersama Yus menubuhkan kumpulan Jambu dan popular menerusi rancangan Maharaja Lawak terbitan Astro.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Taukeh (Jambu) bersyukur apabila kereta Myvi berwarna hitam miliknya berjaya ditemui semula dengan bantuan pengguna laman sosial Instagram selepas didapati hilang di kediamannya di Selayang pada Isnin.

Taukeh atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, kereta tersebut dijumpai ditinggalkan di tepi lebuhraya Plus di satu kawasan di Ipoh, Perak selepas mendapat maklumat balas daripada pengguna laman sosial berkenaan.

Adik kepada Taukeh bersama kereta Myvi yang ditemui di tepi Lebuh Raya, Ipoh.

"Semalam (Isnin) saya sedar kereta tersebut hilang kira-kira pukul 12 tengah hari ketika adik saya ingin keluar ke kedai. Kereta tersebut saya pakir di luar kawasan kondominium saya. 

"Pada awalnya kami cari di sekeliling kawasan rumah tetapi tak jumpa, selepas itu saya muat naik status minta pertolongan di laman Instagram dan sejam selepas itu ada pengguna yang beritahu ternampak kereta itu ditinggalkan di lebuhraya Ipoh," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini Selasa.

Taukeh berkata, dia menerima maklum balas tersebut ketika sedang dalam perjalanan untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Katanya, kereta yang dibeli daripada pelawak Shahrol (Shiro) itu juga masih belum ditukar nama berikutan belum habis bayaran pinjaman bank.

Shahrol Shiro turut memuat naik semula gambar Intagram daripada Taukeh pada petang Isnin.


"Agak sukar juga untuk buat laporan polis kerana kereta itu bawah nama Shahrol (Shiro), jadi laporan perlu dibuat atas nama Shahrol.

"Kereta itu saya beli daripada dia (Shahrol) sebelum dia menyertai program Raja Lawak lagi kira-kira tiga tahun lalu, kurang lagi setahun untuk habiskan bayaran pinjaman dan tukar hak milik," katanya.

Kata Taukeh, ia merupakan kereta keduanya yang diberikan kepada adiknya untuk digunakan bagi melakukan aktviti harian keluarga mereka.
Tags / Kata Kunci: Taukeh Jambu

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan