Zara Zya Janji Tidak Sorok Jika Punyai Kekasih

Diterbitkan: Sabtu, 16 Ogos 2014 12:04 AM

Zara menjelaskan kekeliruan tindakannya memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang memimpin tangan seorang lelaki yang didakwa sebagai teman lelakinya sebagai salah faham.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya memberi jaminan tidak akan berselindung adaripada peminat sekiranya dia mempunyai teman lelaki pada masa hadapan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, bagaimanapun berkata, buat masa ini dia masih solo dan tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta kerana terlalu sibuk dengan karier lakonannya yang semakin berkembang.

"Kalau saya ada teman lelaki saya akan beritahu dan tunjuk kepada semua orang dan saya tidak akan berahsia mengenainya.

"Bagaimanapun sekarang ini saya masih solo dan belum terfikir tentang soal itu kerana perlu mengutamakan kerjaya terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Zara berkata demikian sebagai mengulas spekulasi terbaharu kononnya dia sedang bercinta apabila memuat naik sekeping gambar di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia memimpin tangan seseorang dipercayai tangan kekasihnya baru-baru ini.

Gambar yang menjadi tanda tanya peminat selepas Zara memuat naik ke laman Isntagramnya baru-baru ini.


Jelas Zara, tangan berkenaan adalah pengurusnya yang juga seorang wanita dan tujuan dia mengambil gambar berkenaan kerana mahu meniru aksi sekeping gambar yang dirakamkan seorang jurugambar profesional.

"Itu sebenarnya tangan pengurus saya. Dia seorang perempuan tetapi dalam gambar tersebut nampak macam tangan lelaki dan saya tidak sangka pula ramai yang salah faham.

"Ketika mengambil gambar berkenaan saya bersama pengurus dan keluarga bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah dan saya turut mengambil gambar serupa dengan anak saudara cuma ia tidak dimuat naik ke Instagram," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zara memberitahu dia kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri berjudul Zahira untuk slot Samarinda TV3 bersama pelakon Adi Putra.
Tags / Kata Kunci: Zara Zya , Zahira.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan