Nasihat Adam (AF), Fikir Panjang Sebelum Cerai

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 12:32 AM

Adam dan Fiza akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 17 Julai lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF2) mengambil iktibar bahawa perceraiannya dengan pelakon Fiza Abdul Halim pada 28 April lalu adalah satu keputusan yang disifatkan terburu-buru.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata sepatutnya dia dan isteri perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bercerai, namun menganggap apa yang telah berlaku ada hikmahnya.

"Apa yang telah berlaku mengajar kami bahawa dalam rumah tangga, kita tidak boleh membuat keputusan terburu-buru jika timbulnya sesuatu masalah.

"Jangan ikut perasaan sahaja kerana ia boleh membawa padah. Kerana emosi juga, kita boleh membuat keputusan yang buruk sehingga bercerai apabila berbalah," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Adam dan Fiza, 33, telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Namun pada 28 April lalu iaitu selepas tujuh bulan bergelar suami-isteri, kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Bagaimanapun, selepas menyedari kesilapan masing-masing, pasangan itu akhirnya sepakat untuk kembali rujuk pada 17 Julai lalu.

Sementara itu, Adam turut mengakui, sejak dia dan Fiza kembali bersama, mereka dapat merasai kebahagiaan yang lebih berbanding sebelum ini selain menghargai antara satu sama lain.

Malah mereka juga dalam proses mengenali lebih mendalam tentang hati budi masing-masing.

"Sebelum ini kami tidak pernah bercakap pun tentang apa yang suka dan kami tidak suka dalam perhubungan ini. Tetapi apabila berbincang tentang perkara ini ia buatkan kami lebih faham keperluan dan keinginan antara satu sama lain.

"Ia juga membuatkan kami lebih matang dalam menangani sesebuah masalah yang timbul.

"Alhamdulillah, cuma sema sekarang ini kami berdoa agar mempunyai cahaya mata dengan segera, doakan kami," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Adam kini mula menceburi perniagaan dalam bidang perkhidmatan manakala Fiza pula bakal terlibat dengan produk kecantikan.
Tags / Kata Kunci: Adam AF2 , Fiza Elite

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan