Bekas Suami Tidak Terkesan Hubungan Izreen Azminda & Amar Baharin

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 12:31 AM

Gambar kenangan ketika perkahwinan Izreen dan Muhammad Riza.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas suami Izreen Azminda, 29, Muhamad Riza Baharuddin tidak terkesan dengan khabar angin tentang pelakon wanita itu yang kini digosipkan bercinta dengan aktor Amar Baharin.

Muhammad Riza, 31, yang juga jurukamera bebas berkata, perkara tersebut merupakan hal peribadi yang tidak lagi berkaitan dengan dirinya selepas mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

"Saya sedikit pun tidak tertekan dengan berita-berita yang keluar itu kerana kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.

"Kalau dia bercinta sekalipun itu adalah hak peribadi dan terpulang kepada dia untuk menentukan kehidupannya," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Muhammad Riza berkata, dia masih berhubung dengan bekas isterinya itu kerana Izreen masih lagi berada dalam edah.

Katanya, mereka banyak berkomunikasi tentang hal berkaitan anak lelaki iaitu Adrian Umar, 10 bulan, yang kini dibawah jagaan ibu Izreen di Kedah.

Izreen dan Amar Baharin digosipkan bercinta apabila sering memuat naik gambar bersama.

Sementara itu, ditanya sama ada perpisahan yang terjadi ada berkaitan dengan hubungan rapat antara kedua-dua pelakon itu selepas bergandingan dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Riza berkata, dia reda dengan apa yang telah berlaku.

"Perceraian kami mungkin sudah ditetapkan oleh Allah, kalau disebabkan orang ketiga sekalipun saya reda.

"Apa-apa pun alasan perceraian ini pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, saya doakan yang terbaik buat dia," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Riza berkata, dia kini senang dengan kehidupan 'kembali bujang' dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Muhammad Riza dan Izreen sah bercerai talak satu pada 9 Jun lalu selepas dua tahun hidup bersama.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.
Tags / Kata Kunci: Izreen Azminda , Muhammad Riza

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan