Konsert Mariah Carey Di Stadium Negara Oktober Depan - Berita Hiburan | mStar

Konsert Mariah Carey Di Stadium Negara Oktober Depan

Diterbitkan: Khamis, 14 Ogos 2014 12:10 AM

Mariah Carey

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bintang terkenal Mariah Carey bakal mengadakan persembahannya di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.

Penyanyi yang popular menerusi #Beautiful itu memilih Malaysia sebagai destinasi pertama dalam siri jelajahnya di negara Asia sebelum meneruskan aktiviti berkenaan ke Singapura, Filipina, China dan Jepun.

Siri jelajah yang diberi nama Me. I Am Mariah Live In Malaysia 2014 ini adalah sebahagian daripada inisiatifnya untuk mempromosikan album terbaharu beliau iaitu Me. I Am Mariah... The Elusive Chanteuse yang dipasarkan pada Mei lalu.

”Rakyat Malaysia boleh bersedia untuk menyaksikan konsert yang berprestij ini selain melihat sendiri aksinya dalam mempersembahkan lagu-lagu yang tentunya meninggalkan kenangan,” kata penganjur acara berkenaan iaitu IME Productions dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga RM650, RM580, RM480, RM380, RM250 dan RM120.

Ia juga boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau menghubungi  03-9222-8811 dan  011-2316-6198 (IME Productions hotline).

Tags / Kata Kunci: Mariah Carey
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan