Sheera Iskandar Dituduh Riak Kerana Bertudung

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 12:31 AM

Sheera Iskandar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sheera Iskandar memberitahu selepas membuat keputusan untuk bertudung pada Ramadan lalu, ada segelintir pengikutnya di Instagram memberi komen-komen berbau negatif.

Sheera, 29, berkata, dia juga dianggap riak kerana dilihat seperti sengaja ingin menunjukkan penghijrahannya itu kepada umum walaupun dia sebenarnya tidak pernah membuat pengumuman sudah berubah imej.

"Sebenarnya saya nak bagi komen kepada awak (mStar Online) pun takut kerana risau dengan pelbagai tanggapan masyarakat. Rasa kurang manislah bila orang memberi persepsi negatif pada kita.

"Lagipun saya tidak pernah membuat sebarang pengumuman (untuk bertudung), sekadar memuat naik foto saya seperti biasa di Instagram. Ada yang memberi komen buruk kononnya saya riak.

"Ada juga memberi komen bersifat sindiran dengan kata-kata seperti 'nak pakai tudung, pakai betul-betul. Jangan nak gembar-gembur'. Rasa tak senang hati pula bila orang komen begitu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Sheera Iskandar

Bagaimanapun, tambah Sheera, kebanyakan peminatnya menyokong perubahan itu dan dia berharap agar semua pihak mendoakan kebaikan dirinya.

Sementara itu, Sheera menganggap perubahan itu adalah perkara wajib untuk dia bertudung kerana peranannya sebagai wanita beragama Islam.

"Diakui terdapat beberapa dugaan selepas saya memakai tudung tetapi saya percaya semua ini ada hikmahnya. Semoga Tuhan terus tetapkan hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sheera kini muncul menerusi drama Jalan Kembali, di saluran TV2, setiap Isnin, pukul 9 malam.

"Ketika penggambaran drama itu, saya masih belum bertudung. Diharap peminat tidak terkejut apabila melihat saya tidak bertudung dalam drama itu," tuturnya.
Tags / Kata Kunci: Sheera Iskandar

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan