Johan (Raja Lawak) Tolak Aktiviti Amal Jika Bayaran Ciput

Diterbitkan: Rabu, 13 Ogos 2014 1:18 PM

Johan ada cara sendiri untuk buat amal kebajikan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) memberitahu dia terpaksa menolak mana-mana undangan persembahan untuk majlis amal yang menawarkannya bayaran rendah  berbanding harga sebenar khidmatnya.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 30, berkata, dia mempunyai caj tertentu jika undangan tersebut membabitkan aktiviti-aktiviti amal.

"Ramai pihak yang panggil untuk saya buat persembahan amal dengan bayaran sagu hati dengan alasan ia adalah untuk majlis amal.

"Kalau mereka mahu buat amal, mereka perlu bayar dengan harga saya untuk persembahan itu," ujarnya kepada mStar Online tanpa menyatakan bayaran sebenar khidmatnya.

Bagaimanapun, Johan berkata, jika dia tidak dapat menerima tawaran berkenaan, dia akan mencadangkannya kepada rakan-rakan pelawak yang lain mengikut kemampuan pihak penganjur.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk melakukan amal kebajikan tanpa melalui mana-mana agensi ataupun majlis amal.

Katanya, perkara tersebut sudah diamalkannya sejak mula menceburi bidang hiburan iaitu berkongsi rezeki dengan orang yang kurang berkemampuan.

"Banyak cara untuk kita beramal selain menyertai majlis amal. Sejak saya mula bekerja lagi saya sudah amalkan perkara ini kerana bagi saya kalau kita ingin murah rezeki, kita perlu jadi pemurah dahulu.

"Saya ada menjaga anak yatim yang mana saya sediakan keperluan mereka, malah setiap waktu terluang kami sekeluarga akan pergi ke rumah kebajikan orang tua atau anak yatim untuk menziarah dan memberi sumbangan yang termampu," ujarnya.

Tambah Johan, dia yakin amal kebajikan yang dilakukan itu menjadi punca dia berada pada kedudukannya kini.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya dalam bidang lakonan, Johan berkata, dia terpaksa melepaskan banyak tawaran berlakon filem dan drama bagi membahagikan masa bersama keluarga dan komitmen terhadap penyampai radio Era FM.

"Sejak menjadi penyampai radio memang saya banyak tolak tawaran berlakon filem dan drama kerana tiada masa.

"Saya ada komitmen dengan radio Era FM iaitu bermula sebelum pukul 6 pagi saya perlu ada di konti dan balik pada pukul 10 pagi, kemudian meluangkan masa bersama keluarga sehingga pukul 10 malam.

"Kalau ada penggambaran sudah tentu saya akan balik sehingga lewat malam dan masa tidur dan masa bersama keluarga saya akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Johan mengakui ada beberapa stesen radio lain yang cuba untuk merisik mengenai perkhidmatannya di Era FM.

Bagaimanapun, kebanyakannya tidak memberi maklum balas selepas dia memberikan harga yang diinginkan.

"Ada juga beberapa stesen yang tanya tentang harga yang Era FM beri kepada saya, namun saya kata jika mereka mahu saya, mereka perlu tanya kepada saya sendiri berapa harga yang saya inginkan.

"Kalau mereka boleh bayar harga saya itu sudah tentu saya pergi, namun saya tidak rasa saya penyampai radio paling mahal di Malaysia, ada lagi yang lebih mahal daripada saya," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Johan Raja Lawak , Era FM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan