Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 12:31 AM

Shiqin Kamal

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Shiqin Kamal mengaku dia hanya akan mengambil tawaran untuk berlakon dalam filem sahaja bagi menjaga nilai eksklusifnya sebagai seorang pelakon.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 23, berkata, dia tidak mahu masyarakat menjadi bosan apabila terlalu kerap melihat dia muncul dalam drama-drama televisyen tempatan.

"Saya sebagai penonton, ada masanya juga berasa bosan apabila melihat kekerapan seseorang artis itu muncul di pelbagai drama. Jadi saya percaya orang juga akan bosan jika melihat saya kerap di televisyen.

"Kalau boleh saya ingin menjaga nilai eksklusif sebagai seorang pelakon profesional dengan hanya muncul sekali sekala, tetapi dengan hasil lakonan yang bagus," katanya kepada mStar Online.

Tambah Shiqin, dia juga berpendirian demikian kerana ingin memberi fokus sepenuh perhatian dalam perfileman agar lebih mudah menjaga kualiti lakonan yang dibawanya.

Sementara itu, beritahu Shiqin, selepas menghabiskan  pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia juga merancang ingin mengambil kursus lakonan.

"Melihatkan ramai pelakon yang masih mencari ilmu di bidang lakonan, membuatkan saya juga bersemangat mahu berbuat demikian.

"Mungkin saya akan mengambil kursus jangka pendek di New York Film Academy (NYFA), tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya ingin membina nama semula selepas sekian lama sepi di industri hiburan tempatan dahulu sebelum menyertai kursus tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shiqin bakal membintangi filem Warna Cinta Impian bersama pelakon Awie, Erra Fazira dan Nellydia Senrose dan kini mereka sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia.
Tags / Kata Kunci: Shiqin Kamal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan