Wan Sharmila Nafi Nikah September Ini

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 12:32 AM

Wan Sharmila nafi bakal berkahwin pada September ini seperti mana dilaporkan sebuah akhbar pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Wan Sharmila terkejut apabila dilaporkan bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada September ini.

Wan Sharmila, 33, berkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai perkara tersebut dan menegaskan tiada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini.

"Jujur saya terkejut kerana hanya tahu mengenai perkara ini apabila awak bertanya soalan itu kepada saya dan belum sempat membeli akhbar sebab sekarang ini saya berada di lokasi penggambaran.

"Apa-apa pun cerita itu tidak benar dan saya tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi laporan akhbar mingguan pada Ahad, Wan Sharmila dikhabarkan sudah pun membuat persiapan majlis pernikahan dan perkahwinan dan bakal suami pelakon drama bersiri Tari Tirana itu juga dikatakan bukan orang seni sebaliknya bertugas sebagai juruterbang.

Wan Sharmila enggan bercakap mengenai soal peribadi.

Dalam pada itu, ditanya adakah benar dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berkenaan, Wan Sharmila mengambil sikap untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi.

Jelas Wan Sharmila, dia bimbang kenyataannya akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan masalah lain timbul di kemudian hari.

"Maafkan saya kerana tidak boleh menjawab soalan itu kerana saya tidak mahu bercakap soal peribadi," katanya ringkas.

Wan Sharmila sebelum ini pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 sebelum bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober 2009 di Mahakamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Dalam perkembangan lain, Wan Sharmila berkata, dia kini sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama termasuk Menantu Mak Uteh untuk siaran TV9.
Tags / Kata Kunci: Wan Sharmila , Tari Tirana.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan