Penerbit Album The Black Eyed Peas Jalin Kerjasama Dengan Jaclyn Victor

Diterbitkan: Isnin, 11 Ogos 2014 12:30 AM

Jaclyn bakal bekerjasama dengan Rick One yang iaitu seorang penerbit album yang banyak menerbitkan album penyanyi terkenal termasuk The Black Eyed Peas.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor bakal bekerjasama dengan penerbit album yang pernah bekerjasama dengan kumpulan terkenal Amerika Syarikat, The Black Eyed Peas iaitu Rick Dixon.

Jaclyn menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat rakamannya KRU Music berkata, tawaran itu dibuat oleh Rick atau lebih dikenali dengan nama Rick One selepas dia mengadakan persembahan di Whisky A Go Go di West Hollywood, Los Angeles, California pada 6 Julai lalu.

"Persembahan tersebut adalah salah satu siri pengenalan bagi memberi peluang penggiat muzik di negara itu mengenali bakat saya dan tidak sangka mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan Rick.

"Saya cukup teruja kerana aktiviti promosi yang diadakan di Los Angeles mula menampakkan hasil dan berharap pelawaan itu nanti akan menjadi kenyataan," katanya. 

Jaclyn yang berada di Los Angeles dari 5 hingga 13 Julai lalu dalam rangka mempromosikan single terbaharunya berjudul Remedy yang telah diedarkan menerusi lebih 80 platform digital bermula 10 Julai lalu.

Jaclyn menyampaikan lima buah lagu ketika mengadakan persembahan di Whisky A Go Go di West Hollywood, Los Angeles, California pada 6 Julai lalu.

Dalam pada itu, Jaclyn berkata, selain mengadakan persembahan dia juga sempat bertemu dengan wakil media di sana selain melakukan sesi temuramah dengan beberapa stesen radio di Los Angeles bagi mempromosikan Remedy.

Malah penyanyi itu memberitahu sempat membuat kemunculan dalam program televisyen berjudul Kababayan Today yang disiarkan di saluran LA18 selain rakaman beberapa rancangan lain.

"Selama berada di sana saya berjaya mendapat keyakinan dan pendedahan dengan industri muzik antarabangsa terutamanya dalam memasarkan album di peringkat global.

Jaclyn ketika membuat kemunculan dalam program Kababayan Today.

"Peluang ketika berada di Los Angeles saya gunakan sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk menembusi pasaran antarabangsa tetapi dengan usaha yang dilakukan oleh KRU Music mula menampakkan hasil," jelasnya. 

Penyanyi bersuara lantang itu bakal tampil dengan album bahasa Inggeris berjudul Unleashed pada September depan dan diterbitkan sepenuhnya oleh, Edry Abdul Halim.

Album tersebut turut menampilkan empat lagi single yang bakal menjadi hit seperti Pinnacle, Sweeter Than A Dream, Over And Over dan Delirious.
Tags / Kata Kunci: Jaclyn Victor , Los Angeles , Remedy , unleashed.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan