Risteena Tidak Mahu Hanya Lakonkan Watak Wanita Lembut

Diterbitkan: Ahad, 10 Ogos 2014 12:30 AM

Risteena teruja jadi gadis lasak dalam drama 'Plan B'.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pendatang baharu Risteena Munim mengakui tidak mahu terus menerima watak-watak yang memerlukan menjadi sebagai wanita lemah lembut dan seperti yang dilakonkan dalam drama Menjinak Ombak dan Karlos.


Risteena, 25, berkata, dia mahu penonton melihat dirinya dengan pelbagai karakter yang lebih mencabar yang mampu menguji lakonannya.


"Impian saya untuk bawa watak yang berbeza daripada yang saya sering bawakan iaitu watak gadis lemah-lembut.

"Saya mahu watak yang lebih mencabar dan menguji kebolehan saya sebagai pelakon baru seperti watak lasak dan antagonis," katanya kepada mStar Online.

Pelakon yang dikenali melalui drama Playboy Itu Suami Aku ini berkata, dia juga bakal menjayakan watak sebagai seorang pelacur melalui sebuah drama terbitan TV3 tidak lama lagi.

Risteena mahu diuji dengan pelbagai watak.

Drama tersebut juga bakal menggandingkannya dengan pelakon wanita popular iaitu Tasha Shilla dan bakal mengadakan penggambaran di luar negara.

"Alhamdulillah lepas dapat watak wanita lasak dalam drama Plan B, saya dapat tawaran sebagai pelacur untuk sebuah drama terbitan TV3 tidak lama lagi.

"Walaupun saya impikan membawa watak seperti itu, namun bagi saya ada batasannya untuk melakonkan watak hitam itu dengan baik," ujarnya.

Sementara itu, Risteena yang bakal muncul dalam drama Plan B berkata, drama tersbeut mengujinya untuk menjadi seorang gadis pelumba yang bernama Iris.

Katanya, watak tersebut memerlukan dia membuat kajian dan menjadikan pelakon Hollywood Angelina Jolie sebagai sumber rujukannya.

"Dalam drama ini saya akan jadi seorang wanita yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenayah.

"Sebelum penggambaran saya buat kajian dan menonton filem lakonan Angelina Jolie untuk dijadikan inspirasi," ujarnya.

Plan B bakal bersiaran menerusi saluran TV3 bermula 19 Ogos 2014 pada pukul 10 malam. 

Drama bersiri arahan Feroz Kadir ini menyaksikan gandingan Risteena Munim bersama Shukri Yahaya, Talha Harith, Zoey Rahman, dan Beto Kusyairy.
Tags / Kata Kunci: Risteena Munim , Plan B

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan